[me.rang.kul] | مرڠکول
Definisi : 1. memeluk, merangkum: dia melonjak keriangan dan meluru ~ anak kecil itu; bantal guling ini bagi kami gunanya dirangkul sepanjang malam; 2. mencapai (kemenangan dsb), memenangi, menggondol: kedua-dua pemain dr China itu pernah ~ kejayaan acara perseorangan dlm pertandingan-pertandingan antarabangsa; pasukan PDRM ~ 11 pingat emas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.rang.kul] | مرڠکول
Definisi : memegang rapat-rapat ke dada sendiri; memeluk: Dia segera ~ anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)