Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.ta.ra.ta] | مرات - رات

Definisi : serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.ta.ra.ta] | مرات - رات

Definisi : tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, mere­bak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.ta.ra.ta] | مرات - رات

Definisi : terdapat di banyak tempat; ada di segenap atau seluruh: Sampah sarap bersepah di ~ tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rata
1. Bersinonim dengan datar
( papak, papar, tarah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sama banyak
( sama adil, dengan saksama, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan keseluruhannya
( dengan sekata)
(adverba:)

Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata,

Puisi
 

Ambil parang pergi menebas,
     Dahannya jatuh merata-rata;
Dulu hamba mergastua bebas,
     Sekarang dijerat si molek jelita.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Matilah kuman kena pelantik,
     sekalian alam melimpah darahnya.

Bermaksud :

Orang biasa yang kahwin dengan orang bangsawan, sehingga menjadi buah percakapan di merata-rata tempat. pelantik = belantik, tombak yang berpegas untuk membunuh binatang perburuan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
melilau[m«.li.lAw]kata kerjaberjalan merata-rata, merayau.Anak tu melilau rata cari pak dia.[A.nA/ tu m«.li.lAw ÒA.tA tSA.Òi pA/ di.jA]Anak itu merayau merata-rata mencari ayahnya.
beselerak bak[b«.s«.lE.ÒA/ bA/] berselerak merata-rata, tidak bersusun dan tidak teratur; beselerak tarak.Dalam opeh tu surat habaq beselerak bak ataeh lantai.[dA.lAm o.peh tu su.ÒAt hA.bAâÖ b«.s«.lE.ÒA/ bA/ A.tAEh lAn.tAj]Dalam pejabat itu surat khabar berselerakan di atas lantai.
beselerak tarak[b«.s«.lE.ÒA/ tA.ÒA/] berselerak merata-rata, tidak bersusun dan tidak teratur; beselerak bak.Dalam opeh tu surat habaq beselerak tarak ataeh lantai.[dA.lAm o.peh tu su.ÒAt hA.bAâÖ b«.s«.lE.ÒA/ tA.ÒA/ A.tAEh lAn.tAj]Dalam pejabat itu surat khabar berselerakan di atas lantai.

Kembali ke atas