Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.syua.rat] | مشوارت

Definisi : perundingan (utk membincangkan sesuatu, atau mencapai sesuatu keputusan), pembicaraan, rapat; ~ agung perundingan besar (oleh sesuatu badan, persatuan, dll); bermesyuarat berunding, berapat, berbin­cang, berbicara: rakyat berhak berkumpul sama ada utk ~, bersuka ria atau bermua-fakat; memesyuaratkan sl membincangkan, me­rundingkan, membicarakan: baginda menyu-ruh panggil sekalian orang besar-besar ~ halnya itu; permesyuaratan perihal bermesyuarat, pe­rundingan, perbincangan, rapat: sistem politik Adat Perpatih mempunyai ciri yg khusus yg lebih banyak menekankan sistem ~ yg lebih hampir kpd sistem demokrasi; musyawarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.syua.rat] | مشوارت

Definisi : rundingan utk membincangkan sesuatu atau utk mencari sesuatu ketetapan: ~ agung rundingan besar (oleh sesuatu persatuan, badan dll). bermesyuarat berbincang atau berunding ttg sesuatu hal atau utk mencapai sesuatu keputusan: Pegawai-pegawai tinggi telah ~ utk mengurangkan perbelanjaan dlm negeri. memesyuaratkan membincangkan sesuatu dlm mesyuarat; mengadakan mesyuarat ttg sesuatu; merundingkan: Perkara itu telah dimesyuaratkan. permesyuaratan perbuatan atau hal bermesyuarat; perundingan; perbincangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
apa[A.pA]kata tugaskata bantu yang diletakkan selepas kata ganti nama saya, kami, dia, kamu yang membentuk rangkai kata saya apa (sepa), dia apa (depa), hang apa (hampa) yang membawa maksud semua atau sekalian.Sepa apa tak mau pi mesyorat tu pasai depa kecoh.[sE.pA A.pA tAk mAw pi m«.So.ÒAt tu pA.sAj dE.pA kE.tSh]Kami semua tidak mahu menghadiri mesyuarat itu kerana mereka menipu.

Kembali ke atas