Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.den] | مودن

Definisi : dr masa sekarang, berkaitan dgn masa kini, yg terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir: bahasa ~; senjata ~; alat kelengkapan ~; memodenkan menjadikan moden, membuat supaya jadi moden, membarui: Mustafa Kamal telah mengadakan perubahan dan mencuba sungguh-sungguh ~ negerinya; kemodenan perihal moden (baru), sifat (ciri dsb) moden: baik kaunseling dlm bentuknya sekarang yg banyak diselubungi ~, mahupun pd zaman awalnya yg lebih merupakan bimbingan akhlak semata-mata; pemodenan perihal (kegiatan, usaha, dsb) memodenkan, perihal menjadi moden, pem­baruan: kerajaan Jepun berusaha dgn lebih bersungguh-sungguh utk mempercepat ~ negeri itu; penyempurnaan dan ~ bahasa dlm menghadapi cabaran semasa perlu ber-laku di negara-negara membangun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.den] | مودن

Definisi : 1 bkn dgn yg ada sekarang atau yg baru; lw kuno (klasik): sejarah ~; hisab ~. 2 baru dan kemas kini: peralatan ~. memodenkan menjadikan moden; membaharui: ~ cara berfikir. kemodenan keadaan atau hal moden. pemodenan perbuatan atau hal memodenkan; pembaharuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
moden (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan terkini, terkemas kini, terbaru, terakhir, semasa, mutakhir;,
Kata Terbitan : kemodenan, pemodenan,


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rangsa[ÒAm.bot kA.ÒAn]kata namarambut yang dikerintingkan, rambut kerinting.Zaman taon empat puluhan dulu, pompuan hak rambot karan depa kata moden sangat.[zA.mA tAon «m.pAt pu.lu.hAn du.lu pom.pu.wAn hA/ ÒAm.bot kA.ÒAn dE.pA kA.tA mo.dEn sA.NAt]Pada zaman tahun empat puluhan dahulu, kaum wanita yang mengkerintingkan rambut, dianggap terlalu moden.

Kembali ke atas