Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mukanya

Puisi
 

Kain pelikat mukanya dua,
     Mari kait benang berduri;
Sudah bertekad kita berdua,
     Orang lain jangan peduli.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bintang di langit boleh dibilang,
     tetapi arang di mukanya tak sedar.

Bermaksud :

Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bebeh[bE.bEh]kata adjektifberkenaan bibir bawah yang terjuih keluar.Muka dia lawa tapi bibiaq dia bebeh.[mu.kA di.jA lA.wA tA.pi bi.bi.jAâÖ di.jA bE.bEh]Mukanya lawa tetapi bibirnya terjuih.
belengaeh[b«.l«.NAEh]kata adjektifberkenaan badan atau pakaian dalam keadaan kotor, selekeh, comot biasanya basah dan melekit.Muka dia belengaeh, penoh hinguih.[mu.kA di.jA b«.l«.NAEh p«.noh hi.Nuih]Mukanya berselekeh kerana dipenuhi dengan hingus.
ben[bEn]kata adjektifberkenaan muka yang masam, masyghul.Aku tak berani hampiaq bila tengok muka dia ben macam tu.[A.ku tA/ b«.ÒA.ni hAm.pi.jAâÖ bi.lA tE.N/ mu.kA di.jA bEn mA.tSAm tu]Aku tidak berani menghampirinya bila melihat mukanya masam begitu.
beselepong[b«.s«.lE.poN]kata adjektifberkenaan muka yang berlumuran bedak dan lain-lain, berselepatBudak tu lumoq bedak sejuk sampai muka dia beselepong.[bu.dA/ tu lu.mâÖ b«.dA/ s«.dZu/ sAm.pAj mu.kA di.jA b«.s«.lE.poN]Budak itu melumurkan bedak sejuk pada mukanya sampai berselepat.
kemasai[k«.mA.sAj]kata adjektifcengkung, tidak bermaya, pucat-lesi kerana berpenyakit, kurang zat, banyak tidur dan lain-lain.Dua tiga ari ni, muka dia tengok kemasai saja, sakit kot.[du.wA ti.gA A.Òi ni mu.kA di.jA tE.N/ k«.mA.sAj sA.dZA sA.kit kot]Dua tiga hari ini, mukanya nampak cengkung sahaja, sakit agaknya.
inci[in.tSi]kata kerjaberleter, memarahi, menasihati atau menegur kerana terlalu geram atau dendam (biasanya dengan panjang lebar) (kiasan).Lepaeh keluaq bilek bos, muka dia merah padam pasai dia kena inci dengan bos.[l«.pAEh k«.lu.wA)Ö bi.le/ bos mu.kA di.jA mE.ÒAh pA.dAm pA.sAj di.jA k«.nA in.tSi d«.NAn bos]Selepas keluar dari bilik itu, mukanya merah padam kerana dimarahi oleh ketua.

Kembali ke atas