wok | [w/] | kata nama | nama tahun kesembilan dalam pusingan 12 tahun kiraan piama, 1980, 1992, 2004, tahun kera. | Dalam taon wok ujan memanjang masa ujong taon, tapi tak lebat, tiruih macam ekoq kera. | [dA.lAm tAon w/ u.dZAn m«.mAn.dZAN mA.sA u.dZoN tAon tA.pi tA/ l«.bAt ti.Òuih mA.tSAm E.k)Ö k«.ÒA] | Pada tahun kera, hujan memanjang tidak berhenti-henti pada hujung tahun, tetapi tidaklah lebat, cuma tirus seperti ekor kera. sahaja. |
Awak | [A.wA/] | kata nama | nama lama bagi negara Burma atau Myanmar. | Kedah besa beperang dengan orang Awak zaman dulu. | [k«.dAh bE.sA b«.p«.ÒAN d«.NAn .ÒAN A.wA/ zA.mAn du.lu] | Kedah pernah berperang dengan orang-orang Burma pada zaman dahulu. |
yoi | [joj] | kata nama | tanah berlumpur yang diliputi rumput-rampai dan tumbuhan kecil dan berair, biasanya ada ikan darat, berselut, amat gambut dan lembut (selalunya di dalam sawah dan lain-lain). | Banyak ikan puyu dengan ruan menyorok kat yoi tu. | [bA.øA/ i.kAn pu.ju d«.NAn Òu.wAn m«.ø.Ò/ kAt joj tu] | Banyak ikan puyu dan haruan yang bersembunyi di dalam lumpur itu. |
wing | [wiN] | kata nama | alat pemerah tebu (air) yang dibuat daripada kayu dan diputarkan dengan bantuan tenaga haiwan atau manusia. | La ni orang tak guna dah wing nak perah tebu, orang guna mesen tebu. | [lA ni .ÒAN tA/ gu.nA dAh wiN nA/ p«.ÒAh t«.bu .ÒAN gu.nA me.sen t«.bu] | Zaman sekarang orang tidak lagi menggunakan wing untuk memerah tebu, tetapi menggunakan mesin tebu. |
tok | [to/] | kata nama | ibu kepada bapak atau ibu kepada ibu, nenek. | Masa tok hang beranak kat pak hang, Jepun baru masok. | [mA.sA to/ hAN b«.ÒA.nA/ kAt pA/ hAN dZ«.pun bA.Òu mA.so/] | Pada masa nenek kamu melahirkan ayah kamu, Jepun mula bertapak. |
tar | [tAr] | kata nama | sejenis tumbuhan palma (buah dan pokoknya). Buahnya berwarna coklat kehitam-hitaman apabila masak, lontar, tal; tendot. | | | |
tam | [tAm] | kata nama | pangkat bapa saudara atau ibu saudara yang keenam. Panggilan dan gelaran bagi datuk saudara (tok tam), nenek saudara (tok tam), bapa saudara (pak tam), emak saudara (mak tam) yang menduduki tempat keenam dalam susunan sesuatu keluarga. | Hang nak ikot Pak Teh ka Pak Tam? | [hAN nA/ i.kot pA/ tEh kA pA/ tAm] | Engkau nak ikut dengan Pak Teh atau dengan Pak Tam. |
tal | [tAl] | kata nama | sejenis tumbuhan (buah dan pokoknya) tal, lontar. | | | |
sut | [sut] | kata nama | hujung, penghabisan, hujung sut paling hujung, hujung sekali. | Rumah hak sut tu rumah aku la. | [Òu.mAh hA/ sut tu Òu.mAh A.ku lA] | Rumah yang penghabisan itu, rumah akulah. |
reng | [ÒeN] | kata nama | tenaga, kuasa, upaya, daya; riang. | Depa tu tak dak reng lagi nak kreja pasai depa dok buat kreja stat pagi lagi. | [dE.pA tu tA/ dA/ ÒeN lA.gi nA/ kÒ«.dZA pA.sAj dE.pA do/ bu.wAt kÒ«.dZA stAt pA.gi lA.gi] | Mereka sudah tiada berupaya lagi untuk membuat kerja itu kerana mereka telah memulainya sejak pagi lagi. |