Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.mun] | نامون

Definisi : 1. asalkan (sahaja), kalau, sekadar: apa kehendakmu akan kuberikan, ~ jangan juga aku engkau bunuh; 2. akan (hal), berhubung dgn, berkenaan, tentang; 3. biarpun, meski­pun, sungguhpun, walaupun: ~ begitu, cerita yg berbeza-beza itu mempunyai dasar yg sama; 4. tetapi: walaupun begitu ~ ia masih perlu mengetahui sebab-musabab anak murid­­­­nya itu menangis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.mun] | نامون

Definisi : 1 sungguhpun; meskipun; wa­lau­­pun: Banyak bahagian Hong Kong yg berbukit bukau, ~ demikian, lebih 3.7 juta orang tinggal di tanah jajahan yg kecil itu. 2 tetapi: Walaupun Laksamana Hang Tuah telah lama meninggalkan kita, ~ nama dan semangat kepahlawanannya tetap hidup dlm ingatan seluruh bangsa. 3 asalkan; sekadar: Apa kehendakmu ku­beri­kan, ~ jangan juga aku kaubunuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
namun (kata tugas)
Bersinonim dengan tetapi, sebaliknya.,

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Cekel berhabis,
     lapuk berteduh.

Bermaksud :

Biarpun kikir namun harta akan habis juga akhirnya atau hilang percuma saja. cekel = kikir, pelit.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gagah[gA.gAh]kata kerjamencuba, berikhtiar dalam keadaan tidak berupaya, menggagahi.Tok wan tak larat jalan dah, tapi dia gagah jugak pi masjed.[to/ wAn tA/ lA.ÒAt dZA.lAn dAh tA.pi di.jA gA.gAh dZu.gA/ pi mAs.dZed]Datuk kurang berdaya namun dia mencuba juga berjalan ke masjid.
hempot[hEm.pt]kata adjektif]terketar-ketar, menapak pendek-pendek (berjalan).Dia tu uzoq, jalan tehempot-hempot. Rajen jugak pi masjed.[di.jA tu u.zâÖ dZA.lAn t«.hEm.pt.hEm.pt ÒA.dZen dZu.gA/ pi mAs.dZed]Dia uzur, terpaksa berjalan dengan terketar-ketar, namun dia rajin juga ke masjid.
pekak wailon[p«.kA/ wAj.lon] amat bodoh (kiasan).Pak dia dah tunjok banyak kali tapi dia tak ikot jugak, betoi la dia tu pekak wailon.[pA/ di.jA dAh tun.dZo/ bA.øA/ kA.li tA.pi di.jA tA/ i.kot dZu.gA/ b«.toj lA di.jA tu p«.kA/ wAj.lon]Bapanya telah mengajarnya berkali-kali namun dia tidak mengerti, memang betullah dia amat bodoh.

Kembali ke atas