Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ne.ge.ri] | نݢري

Definisi : 1. daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll): membuka ~; ia berasal dr ~ China; anak ~ penduduk asli sesuatu tempat, bumiputera; 2. daerah yg di bawah perintah seorang sultan atau gabenor: saya berasal dr ~ Pahang; dewan ~ majlis perundangan negeri; tanah ~ tanah milik negeri; 3. kawasan bandar, bandar; 4. kerajaan, pe­merintah; S.M.A. N~ Id Sekolah Menengah Atas Kerajaan; 5. bp, Id tanah asing (terutama negara-negara Barat); 6. Mn sekumpulan kam­pung yg di bawah seorang ketua, daerah; ~ akhirat alam sesudah kehidupan di dunia ini; ~ angkat negeri yg dianggap sbg negeri sendiri; ~ as Id = ~ pasak (Itali, Jepun dan Jerman dlm perang dunia kedua); ~ asing negeri bukan negeri sendiri; ~ Cik Siti Wan Kembang panggilan bagi negeri Kelantan; N~ Di Bawah Bayu panggilan bagi negeri Sabah; N~-N~ Selat negeri-negeri (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) yg diperintah langsung oleh orang Inggeris pd zaman penjajahan; ~ yg baka (kekal) akhirat; ~ yg fana dunia; ~ gedang, rumah gedang, berapa pun pan­­­jang perian tak akan tersanduk prb orang kaya yg murah hati biarpun banyak orang yg meminta pertolongan kepadanya tidaklah ia akan gusar atau susah; alpa ~ alah, sia-sia hutang tumbuh prb jika alpa atau sia-sia kerugian dan bencana juga yg menimpa; ibarat ~ berubah resam prb hal manusia itu berubah-ubah fikirannya; ke ~ cacing prb mati; spt ~ dialahkan geroda prb negeri atau kam­pung yg menjadi sunyi kerana penyakit atau mala­petaka yg lain; bernegeri 1. mempunyai negeri; 2. mem­punyai tempat tinggal, berkediaman: sedang baginda ~ di Pasir Raja dewasa itulah datang kpd hamba Seri Nara Wangsa; kenegerian perihal negeri, yg menunjukkan sifat-sifat atau ciri-ciri negeri; faham ~ faham kedaerahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ne.ge.ri] | نݢري

Definisi : 1 kawasan atau daerah yg menjadi sebahagian drpd sesebuah negara: ~ Johor; ~ Melaka. 2 sesuatu kawasan yg dpt dikenal drpd ciri-ciri pen­duduknya, bahasanya, budayanya dsb: ~ China; ~ Jepun. ~ akhirat alam sesudah hidup di dunia ini. ~ ang­kat negeri asing yg dianggap sbg negeri sendiri. ~ asing negeri yg bukan ne­geri sendiri. ~ awak negeri sendiri. ~ yg baqa akhirat. ~ yg fana dunia. bernegeri 1 mempunyai negeri. 2 mempunyai tempat tinggal; berke­diaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
negeri
Rujuk :negara

Puisi
 

Negeri Acheh negeri aman,
     Anak tekukur terbang deras;
Bunga setangkai di dalam taman,
     Belum gugur belumlah puas.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Hujan keris lembing di negeri kita,
     hujan emas perak di negeri orang;
baik juga di negeri kita.

Bermaksud :

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita).

 

Lihat selanjutnya...(59)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sreba tok nenek[sÒ«.bA to/ nE.nE/] banyak dan berbagai-bagai, bermacam-macam, beraneka.Bila dia balek dari luaq negeri, dia beli sreba tok nenek untok anak bini dia.[bi.lA di.jA bA.le/ dA.Òi lu.wA)Ö n«.g«.Òi di.jA b«.li sÒ«.bA to/ nE.nE/ un.to/ A.nA/ bi.ni di.jA]Apabila dia pulang dari luar negeri, dia membeli bermacam-macam barang untuk keluarganya.

Kembali ke atas