Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ob.jék] | اوبجيک

Definisi : (objék) 1. sesuatu yg dapat disentuh atau dilihat, benda, barang; 2. perkara yg menjadi tajuk atau pokok pembicaraan (tulisan, lukis­an, dll): mengapa hanya rupa wanita men­jadi ~ lukisan? 3. matlamat, sasaran, tujuan; ~ pembangunan sesuatu yg hendak (sedang) dibangunkan; 4. (Lin) penyambut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ob.jék] | اوبجيک

Definisi : /objék/ 1 perkara yg menjadi pokok atau tajuk sesuatu perbincangan dll; hal. 2 tujuan sesuatu tindakan dll; sasaran. 3 penderita dlm sesuatu ayat aktif; penyambut: Selepas kata kerja transitif, terdapat kata nama atau frasa nama yg bertugas sbg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata objek


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cremin jejet[tSÒ«.min dZE.dZEt] cermin muka yang tidak sama rata permukaannya yang menghasilkan bayang atau imej yang tidak sama bentuknya dengan objek asal.Adek aku suka sangat tengok muka dia dalam cremin jejet, lepaeh tu dia gelak sorang-sorang.[A.dE/ A.ku su.kA sA.NAt tE.N/ mu.kA di.jA dA.lAm tSÒ«.min dZE.dZEt l«.pAEh tu di.jA g«.lA/ s.ÒAN.s.ÒAN]Adikku gemar sekali melihat wajahnya di dalam cermin ajuk, kemudian dia ketawa berseorangan.

Kembali ke atas