Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Dari cempedak baik nangka,
     Nangka panjang tangkainya;
Dari budak baik orang tua,
     Orang tua panjang akalnya.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bukannya bersuluh batang pisang,
     bersuluh bulan matahari.

Bermaksud :

Kebenaran yang sudah terang dan nyata, tidak saja disaksikan oleh orang-orang biasa, tetapi juga oleh orang-orang yang berkuasa.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
menyerama[m«.ø«.ÒA.mA]kata kerjamerebut, mengambil peluang, menyondol, bermuka-muka.Majelih tu bagi orang-orang tetentu saja, tapi dia menyerama masok nak besalam dengan menteri.[mA.dZ«.lih tu bA.gi .ÒAN..ÒAN t«.t«n.tu sA.dZA tA.pi di.jA m«.ø«.ÒA.mA mA.so/ nA/ b«.sA.lAm d«.NAn m«n.t«.Òi]Majlis itu hanya khas untuk orang-orang tertentu saja, tetapi dia mengambil peluang masuk untuk bersalam dengan menteri.
ceninin[tS«.ni.nin]kata kerjaberlari dengan amat laju (kerana ketakutan, dikejar dan lain-lain)Kawaq tu ceninin masok utan bila orang-orang kampong ligan dia.[kA.wAâÖ tu tS«.ni.nin mA.so/ u.tAn bi.lA .ÒAN..ÒAN kAm.poN li.gAn di.jA]Pencuri itu lari dengan selaju-lajunya masuk ke hutan apabila dikejar oleh orang-orang kampung.
Awak[A.wA/]kata namanama lama bagi negara Burma atau Myanmar.Kedah besa beperang dengan orang Awak zaman dulu.[k«.dAh bE.sA b«.p«.ÒAN d«.NAn .ÒAN A.wA/ zA.mAn du.lu]Kedah pernah berperang dengan orang-orang Burma pada zaman dahulu.
pelece[p«.lE.tSE]kata kerjamengata (orang), merendah-rendahkan orang lain, mengumpat.Dia tu tak dak kreja laen dok pelece kat orang.[di.jA tu tA/ dA/ kÒ«.dZA lAen do/ p«.lE.tSE kAt .ÒAN]Dia tiada kerja lain melainkan mengata orang lain sahaja.
samsam[sAm.sAm]kata namawarganegara Malaysia (biasanya peranakan Melayu Siam di daerah sempadan dengan Thailand) yang berbahasa Siam dan Melayu.Hang ni orang Kedah jati ka orang samsam.[hAN ni .ÒAN k«.dAh dZA.ti kA .ÒAN sAm.sAm]Engkau ini orang Kedah jati atau orang Samsam.
dahoq[dA.hâÖ]kata adjektifterlalu ingin kepada hak orang lain, tamak.Dia tu dahoq sunggoh, semua hak orang dia mau.[di.jA tu dA.hâÖ suN.goh s«.mu.wA hA/ .ÒAN di.jA mAw]Dia itu tamak sungguh, semua milik orang hendak dibolotnya.
dongga[dN.gA]kata adjektifberkenaan dahi yang luas dan sedikit menonjol keluar.Orang kata, sapa hak dahi dongga, orang tu credek.[.ÒAN kA.tA sA.pA hA/ dA.hi dN.gA .ÒAN tu tSÒ«.de/]Kata orang, mereka yang berdahi luas itu cerdik.
mentara[m«n.tA.ÒA]kata namaorang yang membawa dan menghidang makanan dalam sesuatu majlis jamuan, pelayan.Orang muda-muda elok jadi mentara, depa kuat berulang-alek dari tempat beridang ke balai.[.ÒAN mu.dA.mu.dA E.lo/ dZA.di m«n.tA.ÒA dE.pA ku.wAt b«.Òu.lAN.A.le/ dA.Òi t«m.pAt b«.Òi.dAN k« bA.lAj]Orang mudalah yang elok jadi pelayan, kerana mereka cergas untuk berulang alik dari tempat berhidang makanan ke balai.
bebai[b«.bAj]kata adjektifcepat marah, panas baran, tidak sabar.Orang tua tu memang bebai, tak buleh silap sikit dia nak marah kat orang.[.ÒAN tu.wA tu mE.mAN b«.bAj tA/ bu.leh si.lAp si.kit di.jA nA/ mA.ÒAh kAt .ÒAN]Orang tua itu memang panas baran, tidak boleh silap sedikit, terus dia marah.
   2. sangat suka mengambil atau meminta akan barang orang sama ada diizinkan atau tidak.Ali memang melahaq, mokalu dia nak, hak orang tak bagi pon dia ambek jugak.[A.li mE.mAN m«.lA.hA)Ö m.kA.lu di.jA nA/ hA/ .ÒAN tA/ bA.gi pon di.jA Am.be/ dZu.gA/]Ali memang suka akan barang kepunyaan orang, jika sudah berkenan, walau tidak diberi diambilnya juga.
12345678910...

Kembali ke atas