pelece | [p«.lE.tSE] | kata kerja | mengata (orang), merendah-rendahkan orang lain, mengumpat. | Dia tu tak dak kreja laen dok pelece kat orang. | [di.jA tu tA/ dA/ kÒ«.dZA lAen do/ p«.lE.tSE kAt .ÒAN] | Dia tiada kerja lain melainkan mengata orang lain sahaja. |
tahan tuaq | [tA.hAn tuA)Ö] | kata adjektif | ternampak kemaluan kepada orang lain, beras tumpah. | Dok elok-elok siket, satni tahan tuaq pulak! | [do/ E.l/.E.l/ si.ket sAt.ni tA.hAn tuA)Ö pu.lA/] | Duduklah elok-elok sedikit, nanti ternampak kemaluan pula! |
lorat | [l.ÒAt] | kata adjektif | suka bertanya atau mengambil tahu hal orang lain. | Yang hang lorat sangat kat aku pasai apa? | [jAN hAN l.ÒAt sA.NAt kAt A.ku pA.sAj A.pA] | Mengapa kamu suka ambil tahu tentang diriku? |
kenen | [kE.nEn] | kata kerja | menujukan perkataan kepada seseorang tetapi dengan cara mengiaskannya kepada orang lain, sindir. | Aku tau, dia bukan nak kata kat Mat, tapi nak kenen kat aku. | [A.ku tAw di.jA bu.kAn nA/ kA.tA kAt mAt tA.pi nA/ kE.nEn kAt A.ku] | Aku tahu, dia bukan hendak menujukan kata-katanya kepada Mat tapi menyindir aku. |
dahoq | [dA.hâÖ] | kata adjektif | terlalu ingin kepada hak orang lain, tamak. | Dia tu dahoq sunggoh, semua hak orang dia mau. | [di.jA tu dA.hâÖ suN.goh s«.mu.wA hA/ .ÒAN di.jA mAw] | Dia itu tamak sungguh, semua milik orang hendak dibolotnya. |
biji buah | [bi.dZi bu.wAh] | | isi percakapan, biji butir. | Apa hak dia kata pon tak ketahuan biji buah dia. | [A.pA hA/ di.jA kA.tA pon tA/ k«.tA.hu.wAn bi.dZi bu.wAh di.jA] | Perkara yang dibincangkan tidak diketahui oleh orang lain. |
remban | [Ò«m.bAn] | kata nama | batang kayu kecil (buluh dan lain-lain) yang dipasang pada titi dan lain-lain sebagai pemegang ketika meniti. | Titi tu depa guna batang nyoq sebatang lepaeh tu depa letak remban kat titi tu bagi orang pegang masa depa guna titi tu. | [ti.ti tu dE.pA gu.nA bA.tAN ø)Ö s«.bA.tAN l«.pAEh tu dE.pA l«.tA/ Ò«m.bAn kAt ti.ti tu bA.gi .ÒAN p«.gAN mA.sA dE.pA gu.nA ti.ti tu] | Titi yang dibina dengan menggunakan batang pokok kelapa itu dipasang remban sebagai pemegang untuk memudahkan orang menitinya. |
ceninin | [tS«.ni.nin] | kata kerja | berlari dengan amat laju (kerana ketakutan, dikejar dan lain-lain) | Kawaq tu ceninin masok utan bila orang-orang kampong ligan dia. | [kA.wAâÖ tu tS«.ni.nin mA.so/ u.tAn bi.lA .ÒAN..ÒAN kAm.poN li.gAn di.jA] | Pencuri itu lari dengan selaju-lajunya masuk ke hutan apabila dikejar oleh orang-orang kampung. |
menang | [m«.nAN] | kata adjektif | sempat. | Ada hang nak menang pebaek rumah aku, mokalu tak menang buleh aku cari orang laen. | [A.dA hAN nA/ m«.nAN p«.bAe/ Òu.mAh A.ku m.kA.lu tA/ m«.nAN bu.leh A.ku tSA.Òi .ÒAN lAen] | Adakah sempat kamu, memperbaiki rumah aku, jika tak sempat boleh aku cari orang lain. |
| | | 2. melakukan sesuatu kerja yang agak berat dan kadang-kadang terasa di luar kemampuan. | Dia bengkong jugak tebang pokok tu pasai orang laen semua tak sanggop. | [di.jA b«N.koN dZu.gA/ t«.bAN p.k/ tu pA.sAj .ÒAN lAen s«.mu.wA tA / sAN.gop] | Dia berupaya juga menebang pokok itu, kerana orang lain tidak sanggup melakukannya. |