celong | [tS«.loN] | kata nama | 1. kandang yang sempit untuk menempatkan kanak-kanak yang belum boleh berjalan. Pada masa ini, alat ini dipasang roda untuk membolehkan kanak-kanak berjalan. | Jangan biaq lama sangat adek dalam celong tu, nanti lengoh. | [dZA.NAn bi.jAâÖ lA.mA sA.NAt A.de/ dA.lAm tS«.loN tu nAn.ti l«.Nh] | Jangan dibiarkan adik terlalu lama di dalam celung itu, nanti dia keletihan. |
sole | [s.lE] | kata nama | sejenis permainan tradisi yang menggunakan bola dan ketul batu (bata) dan cara permainannya seperti sofbol pada masa kini. | Genap-genap petang depa maen sole kat tanah lapang tu. | [g«.nAp.g«.nAp p«.tAN dE.pA mAen s.lE kAt tA.nAh lA.pAN tu] | Setiap petang mereka bermain sole di tanah lapang itu. |
tiu | [ti.ju] | kata nama | tanda daripada batang buluh, kayu kecil, kertas dan lain-lain (berupa garis, simpul, takik dan lain-lain) yang dibuat pada masa menghitung supaya jangan silap. Biasanya untuk menghitung guni padi yang diangkut, gundal. | Kalu tiu seratuih bilah, padi pon seratuih guni. | [kA.lu ti.ju s«.ÒA.tuih bi.lAh pA.di pon s«.ÒA.tuih gu.ni] | Kalau gundal seratus, padi pun seratus guni. |
tok | [to/] | kata nama | ibu kepada bapak atau ibu kepada ibu, nenek. | Masa tok hang beranak kat pak hang, Jepun baru masok. | [mA.sA to/ hAN b«.ÒA.nA/ kAt pA/ hAN dZ«.pun bA.Òu mA.so/] | Pada masa nenek kamu melahirkan ayah kamu, Jepun mula bertapak. |
kelippok | [k«.lip.p/] | kata kerja | pejam celik berulang kali (kerana terperanjat, kehairanan, ketakutan atau bersikap acuh tak acuh), terkebil-kebil, terkedip-kedip. | Masa mak dia dok beletiaq, mata dia dok kelippok-kelippok saja. | [mA.sA mA/ di.jA do/ b«.lE.ti.jA)Ö mA.tA di.jA do/ k«.lip.p/.k«.lip.p/ sA.dZA] | Pada masa ibunya berleter, dia hanya mendiamkan diri sambil matanya terkebil-kebil berulang kali. |
bunga geti | [bu.NA g«.ti] | | sejenis bentuk gubahan (dengan tangan) motif bunga daripada tepung adunan, untuk membuat kuih kering (dibakar atau digoreng). | La ni orang dok buat lagi kue kerin bentok bunga geti, baulu ikan, loyang dengan peneram. | [lA ni .ÒAN do/ bu.wAt lA.gi kue k«.Òin b«n.to/ bu.NA g«.ti bu.wAh hu.lu i.kAn lo.jAN d«.NAn p«.nE.ÒAm] | Pada masa ini kita masih lagi membuat kuih kering bentuk bunga geti, baulu ikan, loyang dan peneram. |
relang | [Ò«.lAN] | kata nama | lingkaran (dari rotan dan lain-lain) seperti yang dipasang pada tengkuk lembu, gelung. | Budak-budak tu guna relang rotan masa depa besenam hula hop. | [bu.dA/.bu.dA/ tu gu.nA Ò«.lAN Ò.tAn mA.sA dE.pA b«.s«.nAm hu.lA hop] | Budak-budak itu menggunakan gelung rotan semasa mereka bersenam hula hup. |
jujoh | [dZu.dZoh] | kata adjektif | berkenaan dengan buah-buahan, ikan dan sebagainya yang banyak atau lebat pada musim-musim tertentu. | Kalu hang nak makan derian, pila kat duson dia, masa derian tengah jujoh sebulan lagi. | [kA.lu hAN nA/ mA.kAn d«.Òi.jAn pi.lA kAt du.son di.jA mA.sA d«.Òi.jAn te.NA dZu.dZoh s«.bu.lAn lA.gi] | Kalau hendak makan durian, pergilah ke dusunnya semasa buah durian sedang banyak, kira-kira sebulan lagi. |
remban | [Ò«m.bAn] | kata nama | batang kayu kecil (buluh dan lain-lain) yang dipasang pada titi dan lain-lain sebagai pemegang ketika meniti. | Titi tu depa guna batang nyoq sebatang lepaeh tu depa letak remban kat titi tu bagi orang pegang masa depa guna titi tu. | [ti.ti tu dE.pA gu.nA bA.tAN ø)Ö s«.bA.tAN l«.pAEh tu dE.pA l«.tA/ Ò«m.bAn kAt ti.ti tu bA.gi .ÒAN p«.gAN mA.sA dE.pA gu.nA ti.ti tu] | Titi yang dibina dengan menggunakan batang pokok kelapa itu dipasang remban sebagai pemegang untuk memudahkan orang menitinya. |
wok | [w/] | kata nama | nama tahun kesembilan dalam pusingan 12 tahun kiraan piama, 1980, 1992, 2004, tahun kera. | Dalam taon wok ujan memanjang masa ujong taon, tapi tak lebat, tiruih macam ekoq kera. | [dA.lAm tAon w/ u.dZAn m«.mAn.dZAN mA.sA u.dZoN tAon tA.pi tA/ l«.bAt ti.Òuih mA.tSAm E.k)Ö k«.ÒA] | Pada tahun kera, hujan memanjang tidak berhenti-henti pada hujung tahun, tetapi tidaklah lebat, cuma tirus seperti ekor kera. sahaja. |