Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata padi

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.


Lihat selanjutnya...(322)
Peribahasa

Padi masak,
     jagung mengupih.

Bermaksud :

Keuntungan yang berlipat ganda. mengupih = sudah tua.

 

Lihat selanjutnya...(59)

457

Ever Homer sometimes nods

Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya.

Tak ada padi yang bernas setangkai

She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but ever Homer sometimes nods . Everybody has his or her faults. Stop criticizing her.

Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi tak ada padi yang bernas setangkai. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bakoi lau[bA.koj lAw] sejenis bakul buluh untuk mengisi padi.Depa simpan padi dalam bakoi lau.[dE.pA sim.pAn pA.di dA.lAm bA.koj lAw]Mereka menyimpan padi di dalam bakul lau.
meringgi[m«.ÒiN.gi]kata adjektifberkenaan buah padi yang masih lembut isinya; beringgi.Padi tengah meringgi selalu kena serang bena perang.[pA.di t«.NAh b«.ÒiN.gi s«.lA.lu k«.nA s«.ÒAN b«.nA pE.ÒAN]Padi yang sedang meringgi selalu kena serang bena perang.
beringgi[b«.ÒiN.gi]kata adjektifberkenaan buah padi yang masih lembut isinya; meringgi.Padi tengah beringgi selalu kena serang bena perang.[pA.di t«.NAh b«.ÒiN.gi s«.lA.lu k«.nA s«.ÒAN b«.nA pE.ÒAN]Padi yang sedang beringgi selalu kena serang bena perang.
nirai[ni.ÒAj]kata namabarisan (pokok padi dan lain-lain), jajar.Hang kena kerat padi nirai hak kiri dulu baru nirai hak laen.[hAN k«.nA k«.ÒAt pA.di ni.ÒAj hA/ ki.Òi du.lu bA.Òu ni.ÒAj hA/ lAen]Engkau kena memotong padi barisan yang kiri dahulu, baharu barisan yang lain.
kedap[k«.dAp]kata namalonggokan atau kumpulan padi yang telah dikerat batangnya dan belum dibanting.Depa letak kedap padi hak baru kerat tu kat ataeh bataeh.[dE.pA l«.tA/ k«.dAp pA.di hA/ bA.Òu k«.ÒAt tu kAt A.tAEh bA.tAEh]Longgokkan padi yang baru dikerat itu diletakkan oleh mereka di atas permatang.
bangsai[bAN.sAj]kata kerjamenumbuk (padi, dan lain-lain) bagi kali pertama dan beras belum bersih (beras masih lagi mengandungi kulit-kulit yang kasar dan antah).Depa bangsai padi guna alu mampai.[dE.pA bAN.sAj pA.di gu.nA A.lu mAm.pAj]Mereka menumbuk padi kali pertama dengan menggunakan alu yang mampal.
beraeh rendang[b«.ÒAEh Ò«n.dAN] anyaman daun mengkuang yang dikemin pada bakul padi mengelilingi bahagian bawah bingkainya.Padi dalam bakoi tu tak penoh, takat beraeh rendang dia saja.[pA.di dA.lAm bA.koj tu tA/ p«.noh tA.kAt b«.ÒAEh Ò«n.dAN di.jA sA.dZA]Padi di dalam bakul itu tidak penuh, tetapi setakat beras rendang sahaja.
peredeh[p«.ÒE.dEh]kata namatempat atau tapak semaian (padi dan lain-lain).La ni depa tak guna peredeh nak semai padi, depa taboq teruih kat bendang.[lA ni dE.pA tA/ gu.nA p«.ÒE.dEh nA/ s«.mAj pA.di dE.pA tA.b)Ö t«.Òuih kAt b«n.dAN]Sekarang mereka tidak menggunakan tapak semaian kerana mereka terus menabur benih padi di sawah.
cekam[tS«.kAm]kata namaalat menanam padi yang dibuat daripada buluh yang digunakan di sawah, (tugal ialah alat untuk menanam padi huma).Kalu pakai cekam, tiap-tiap taon kena buat baru, kuku kambin tahan sampai bila-bila.[kA.lu pA.kAj tS«.kAm ti.jAp.ti.jAp tAon k«.nA bu.wAt bA.Òu ku.ku kAm.bin tA.hAn sAm.pAj bi.lA.bi.lA]Kuku kambing yang diperbuat daripada besi lebih tahan lama jika dibandingkan dengan cekam.
teng[tEN]kata kerjamengatasi, melebihi, menandingi.Padi hak depa tuai la ni, teng hak depa tuai taon dulu.[pA.di hA/ dE.pA tu.wAj lA ni tEN hA/ dE.pA tu.wAj tAon du.lu]Padi yang dituai oleh mereka melebihi tuaian tahun lalu.
123

Kembali ke atas