Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.gi] | ڤاݢي

Definisi : waktu selepas matahari terbit (kira-kira dr pukul enam hingga pukul sepuluh): sarapan ~; ia pergi ~ tadi; ~ petang tiap-tiap pagi dan petang; usahlah teman dimandikan ~ prb janganlah dipermainkan dgn pujian yg berlebih-lebihan; sepagi, sepagian sepanjang (seluruh) pagi: ~ itu, sesudah kejadian malam itu, tidak demikian lakunya; pagi-pagi 1. pagi benar (kira-kira pukul enam), pagi sekali: ~ ia pergi ke pasar; 2. terda­hulu drpd waktunya, awal lagi: pergilah ~ supaya tentu dapat bas; ~ buta (hitam) pagi­-pagi sekali; kepagian 1. terlalu pagi, pagi benar; 2. terlalu awal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.gi] | ڤاݢي

Definisi : sebahagian drpd waktu dlm satu hari, iaitu selepas tengah malam sehingga tengah hari: Mereka telah pulang ke kampung pd pukul 8.00 ~ tadi. ~ buta pagi benar; sebelum matahari terbit. pagi-pagi 1 waktu pagi benar; pagi sekali: ~ lagi, dia sudah bangun. 2 lebih awal drpd waktunya; awal-awal lagi: Kalau takut kehabisan tiket, pergilah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pagi (kata nama)
Bersinonim dengan subuh, fajar, dinihari, siang, sambat, parak siang;,
Kata Terbitan : sepagian, sepagi-pagian, pagi-pagi,

Puisi
 

Pagi-pagi menanam selasih,
     Selasih ditanam di hujung serambi;
Bagailah mana hati tak kasih,
     Kerana tuan baik budi.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Seperti ayam makan rumput.

Bermaksud :

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. bahagian paip tempat mengisi tembakau, cawan paip.Setiap pagi selepas menyorok dia mesti pekena sedapoq paep.[s«.ti.jAp pA.gi s«.l«.pAEh m«.ø.ҍ/ di.jA m«s.ti p«.k«.nA s«.dA.pâÖ pAep]Setiap pagi selepas sarapan, dia mesti menghisap sedapok paip.
tumpu[tum.pu]kata tugassampai, hingga (kata hubung).Dia dok buat kreja tu dari pagi tumpu petang.[di.jA do/ bu.wAt kÒ«.dZA tu dA.Òi pA.gi tum.pu p«.tAN]Dia asyik membuat kerja itu dari pagi sehingga petang.
baloq liat[bA.lâÖ li.jAt] pemalas, degil.Hang ni baloq liat sunggoh, pagi petang dok nak tidoq saja.[hAN ni bA.lâÖ li.jAt suN.goh pA.gi p«.tAN do/ nA/ ti.dâÖ sA.dZA]Kamu ini pemalas sungguh, pagi petang asyik tidur saja.
bedudun[b«.du.dun]kata adjektifberkenaan kumpulan manusia yang berbondong-bondong, berduyun-duyun dan bertali arus.Setat pagi tadi orang berdudun ataeh jalan pi tengok Pesta Langkawi.[s«.tAt pA.gi tA.di .ÒAN b«.du.dun A.tAEh dZA.lAn pi tE.N/ pEs.tA lAN.kA.wi]Sejak pagi tadi, orang ramai bertali arus di jalan kerana menyaksikan Pesta Langkawi.
menyorok[m«.ø.ҍ/]kata kerjasarapan, minum pagi, kudapan.Depa menyorok pulot kukuih dengan tamban kiat bila nak pi bendang.[dE.pA m«.ø.ҍ/ pu.lot ku.kuih d«.NAn tAm.bAn ki.jAt bi.lA nA/ pi b«n.dAN]Mereka berkudapan pulut kukus dengan ikan tamban kering goreng sebelum turun ke sawah.
reng[ÒeN]kata namatenaga, kuasa, upaya, daya; riang.Depa tu tak dak reng lagi nak kreja pasai depa dok buat kreja stat pagi lagi.[dE.pA tu tA/ dA/ ÒeN lA.gi nA/ kÒ«.dZA pA.sAj dE.pA do/ bu.wAt kÒ«.dZA stAt pA.gi lA.gi]Mereka sudah tiada berupaya lagi untuk membuat kerja itu kerana mereka telah memulainya sejak pagi lagi.
riang[Òi.jAN]kata namatenaga, kuasa, upaya, daya; reng.Depa tu tak dak riang lagi nak kreja pasai depa dok buat kreja stat pagi lagi.[dE.pA tu tA/ dA/ Òi.jAN lA.gi nA/ kÒ«.dZA pA.sAj dE.pA do/ bu.wAt kÒ«.dZA stAt pA.gi lA.gi]Mereka sudah tiada berupaya lagi untuk membuat kerja itu kerana mereka telah memulainya sejak pagi lagi.
edang maeh[E.dAN mAEh] nama sejenis ayam laga yang berwarna keemasan (ayam ini kuat di sebelah pagi, keletihan sebelah petang).   
jerembap[dZ«.Ò«m.bAp]kata kerjaterserempak, bertembung, bersua dengan tidak diduga, berjumpa dengan tidak disangka-sangka (manusia, binatang dan lain-lain); jeromoh.Hang tau dak, aku jerembap dengan pak belang masa aku menebaeh kebon pagi tadi.[hAN tAw dA/ A.ku dZ«.Ò«m.bAp d«.NAn pA/ b«.lAN mA.sA A.ku m«.n«.bAEh k«.bon pA.gi tA.di]Engkau tahu tidak, aku terserempak dengan harimau sewaktu aku menebas di kebun pagi tadi.
dikiaq[di.ki.jAâÖ]kata namalagu tradisi Melayu di Kedah yang dinyanyikan secara berkumpulan (biasanya orang lelaki). Liriknya daripada kitab Syaraful Anam (kitab berzanji). Dinyanyikan pada malam hari (biasanya hingga hampir pagi) pada majlis perkahwinan, berkhatan, berkhatam QurOrang bedikiaq kena minum banyak srebat campoq bijik selaseh.[.ÒAN b«.di.ki.jAâÖ k«.nA mi.num bA.øA/ sÒ«.bAt tSAm.pâÖ bi.dZi/ s«.lA.seh]Orang yang berdikir perlu banyak meminum air sirap tanpa ais yang dicampur dengan biji selasih.

Kembali ke atas