Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kaian] | ڤاکاين

Definisi : 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (di­lakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar; ~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kaian] | ڤاکاين

Definisi : 1 apa-apa (spt baju, seluar) yg dipakai di badan: Perajurit-perajurit itu berbaris di padang dan berjalan di jalan raya dgn ~ yg bersih dan kemas. 2 sesuatu yg biasa dilakukan atau diamalkan; amalan: Pencak silat merupakan ~ segala hulubalang Melayu. ~ basahan pakaian yg dipakai sehari-hari. ~ dunia (hidup) adat yg menjadi kebiasaan. ~ kebesaran pakaian yg dipakai di majlis-majlis rasmi. ~ seragam pakaian (spt pakaian tentera, pengakap) yg sama warna dan potongannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Baju kurung pakaian asli,
     Turun-temurun bangsa Melayu;
Lagi cantik bertambah seri,
     Dipandang lama rasa tak jemu.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga.

Bermaksud :

Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
biru[bi.Òu]kata namasejenis almari pakaian yang ada cermin muka.Kaen baju dalam biru habeh kena gerit tikuih.[kAen bA.dZu dA.lAm bi.Òu hA.beh k«.nA g«.Òit ti.kuih]Pakaian di dalam almari itu habis digigit tikus.
   2. selalu digunakan (pakaian) hingga menjadi haus, lusuh dan lain-lain.Dia ada kasot tu saja, pasai tu dia latu sampai tapak kasot dia hauih.[di.jA A.dA kA.sot tu sA.dZA pA.sAj tu di.jA lA.tu sAm.pAj tA.pA/ kA.sot di.jA hA.wuih]Dia selalu memakai kasutnya yang sepasang itu sehingga tapaknya haus.
leweh[lE.wEh]kata adjektifberkenaan pakaian yang tidak begitu kemas, tak sempurna.Dalam sari dua ni, aku kelih hang pakai leweh saja.[dA.lAm sA.Òi du.wA ni A.ku k«.lih hAN pA.kAj lE.wEh sA.dZA]Dalam sehari dua ini, aku lihat engkau berpakaian tidak kemas.
cengeh[tSE.NEh]kata adjektifberkenaan perlakuan, pakaian yang hebat, bergaya, canggih.Amboi, bila hang pakai kot tu betoi-betoi cengeh.[Am.boj bi.lA hAN pA.kAj kot tu b«.toj.b«.toj tSE.NEh]Amboi, sungguh hebat bila engkau memakai kot itu.
genjoq[g«n.dZâÖ]kata adjektifberkenaan pakaian dan lain-lain yang dibasuh yang berubah menjadi bertambah luas atau bertambah panjang daripada ukuran asal.Kalu kaen koman, sekali basoh dengan mesen genjoqla dia.[kA.lu kAen ko.mAn s«.kA.li bA.soh d«.NAn me.sen g«n.dZâÖ.lA di.jA]Kalau kain tidak bermutu, apabila dibasuh dengan mesin, berubahlah saiznya.
becerabiaq[b«.tS«.ÒA.bi.jAâÖ]kata adjektifberkenaan pakaian atau cara berpakaian yang koyak-rabak atau compang-camping, tidak kemas.Peminta sedekah tu pakai baju becerabiaq.[p«.min.tA s«.d«.kAh tu pA.kAj bA.dZu b«.tS«.ÒA.bi.jAâÖ]Pengemis itu memakai baju compang-camping.
belengaeh[b«.l«.NAEh]kata adjektifberkenaan badan atau pakaian dalam keadaan kotor, selekeh, comot biasanya basah dan melekit.Muka dia belengaeh, penoh hinguih.[mu.kA di.jA b«.l«.NAEh p«.noh hi.Nuih]Mukanya berselekeh kerana dipenuhi dengan hingus.
kecaq[k«.tSAâÖ]kata kerja1. menyelerakkan, menyepah-nyepahkan (barangan, perkakasan, makanan, pakaian dan lain-lain).Budak tu dok kecaq baju emak dia.[bu.dA/ tu do/ k«.tSAâÖ bA.dZu mA/ di.jA]Budak itu sedang menyelerakkan baju emaknya.
beradon[b«.ÒA.dn, b«.ÒA.don]kata adjektifberhemat (pada pakaian, makanan dan lain-lain).Tok sah dok beradon sangatla, pakaila apa hak patot saja.[to/ sAh do/ b«.ÒA.dn sA.NAt.lA pA.kAj.lA A.pA hA/ pA.tot sA.dZA]Tidak perlu berhemat berlebihan, pakailah apa sahaja yang patut.
kelebek[k«.lE.bE/]kata kerjamenyelak dan mencari sambil meneliti sesuatu seperti buku, lipatan pakaian, dompet dan lain-lain dalam jangka waktu yang agak lama.Tang malam dah hang dok kelebek beg tangan tu, takkan tak jumpa lagi paspot mak hang.[tAN mA.lAm dAh hAN do/ k«.lE.bE/ bEg tA.NAn tu tA/.kAn tA/ dZum.pA lA.gi pAs.pot mA/ hAN]Sudah lama kamu mencari-cari dalam beg tangan itu, takkanlah tidak ditemui lagi kad pengenalan emak kamu.
12

Kembali ke atas