Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kat] | ڤاکت

Definisi : 1. muafakat, pembicaraan, perundingan: Sabariah dan Mak Minah telah putus ~; 2. ark perjanjian; sepakat setuju, sependirian, seia sekata: saya ~ seratus peratus dgn Yahya; mereka hampir ~ mengatakan bahawa Aini sedang bertengkar; kata ~ persetujuan; bersepakat semuafakat, sepakat, setuju; menyepakati menyetujui: mereka mengandaikan bahawa tidak ada isu yg tidak dapat disepakati; kesepakatan perihal sepakat (semuafakat), persetujuan: mesti diminta dahulu ~ kaum kerabat; Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia berjaya menghasilkan ~ utk mewujudkan keselarasan ejaan antara kedua-dua negara itu; persepakatan permuafakatan, persetujuan; berpakat bermuafakat, berunding: ada yg ~ akan pergi mandi-manda di pulau itu; memakati 1. memuafakati, menyetujui; 2. menasihati; pakatan 1. perjanjian: ~ keselamatan Asia; 2. persekutuan yg bermaksud jahat, komplot: ~ utk membunuh Presiden; ~ sulit pakatan antara dua pihak atau lebih utk melakukan sesuatu perbuatan dgn tujuan utk memu­daratkan pihak ketiga, atau utk maksud yg tidak sah di sisi undang-undang, atau utk mem­perdayakan badan kehakiman atau kehakim­an semu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kat] | ڤاکت

Definisi : ; berpakat berunding utk mendapat sesuatu keputusan; bermuafakat: Mereka ~ hendak pergi berkelah ke pulau itu. pakatan hasil drpd berpakat: Orang-orang yg bersangkut paut dgn ~ jahat itu telah ditangkap. sepakat tidak bertentangan (bkn pendapat dll); seia sekata; setuju: Kalau ~, jadi kuat. kata ~ sesuatu yg telah disetujui; persetujuan. bersepakat bersatu dan tidak bertentangan pendapat; bersetuju: Hang Tuah berserta kawan-kawannya sentiasa ~ dlm semua hal. kesepakatan keadaan atau hal sepakat; kerukunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakat
Kata Terbitan : sepakat, bersepakat, menyepakati, kesepakatan, persepakatan, berpakat, pakatan,


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
aum[Aum]kata kerjamemborong semua.Depa pakat aum habis buah derian kat pekan tu.[dE.pA pA.kAt Aum hA.beh bu.wAh d«.Òi.jAn kAt p«.kAn tu]Mereka memborong semua buah durian yang dijual di pasar itu.
kawaq[kA.wAâÖ]kata namapencuri.Syok jugak kalu ramai-ramai pakat kepong kawaq hak curi teloq ayam tu.[S/ dZu.gAk kA.lu ÒA.mAj.ÒA.mAj pA.kAt k«.poN kA.wAâÖ hA/ tSu.Òi t«.lâÖ A.jAm tu]Terasa seronok juga kalau beramai-ramai mengepung pencuri yang mencuri telur ayam itu.
lanyau II[lA.øAw]kata kerjamembuang lumur, mencuci lumpur di dalam telaga.Pak Sidek anak-beranak pakat lanyau telaga depa kat belakang rumah.[pA/ si.de/ A.nA/.b«.ÒA.nA/ pA.kAt lA.øAw t«.lA.gA dE.pA kAt b«.lA.kAN Òu.mAh]Pak Sidek sekeluarga sedang mencuci telaga di belakang rumah.
demah[d«.mAh]kata kerjamenumbuk, memukul atau menghentam seseorang dengan penumbuk (kata kiasan).Budak bangsat tu ek sangat, jom kita pakat demah dia sorang sebijik.[bu.dA/ bAN.sAt tu E/ sA.NA dZom ki.tA pA.kAt d«.mAh di.jA s.ÒAN s«.bi.ji/]Budak bangsat itu berlagak sangat, mari kita tumbuknya beramai-ramai.
cerok II[tS«.ҍ/]kata kerjamenggagau ikan di dalam sawah atau sungai.Lepaeh balek sekolah, budak-budak tu pi paret, depa pakat cerok ikan.[l«.pAeh bA.le/ s«.k.lAh bu.dA/.bu.dA/ tu pi pA.Òet dE.pA pA.kAt tS«.ҍ/ i.kAn]Selepas pulang dari sekolah, kanak-kanak itu pergi ke parit untuk menggagau ikan.

Kembali ke atas