Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj pisau besar, golok; jenis-jenisnya: ~ belitung, ~ candung, ~ lading, ~ puting, dll; ~ gabus menjadi spt ~ besi prb tidak disangka orang yg lemah menjadi kuat dan berkuasa; bagai ~ buruk, tali sabut tiada tergolok prb perihal orang yg lemah, pekerjaan yg ringan pun tiada terdaya melakukannya; belakang ~ pun jikalau diasah nescaya tajam prb a) orang yg bodoh kalau diajar betul-betul, pandai juga sudahnya; b) orang yg sabar (setia) kalau dihasut boleh juga menjadi jahat; spt ~ mata dua prb orang yg mendapat keuntungan drpd dua pihak; mendebek mata ~ prb melawan orang yg lebih berkuasa, kita juga yg menyesal; berparang 1. membawa (memakai atau menggunakan) parang: ada yg berlembing, ~ dan berkeris; 2. bergaduh atau berkelahi dgn menggunakan parang: hampir-hampir mereka ~ di sungai; memarang 1. menetak (memotong dll) dgn parang (golok dll): mereka meluru dan ~ kiri dan kanan; 2. memberi garisan panjang (mencoret) pd tulisan yg salah; memarangkan menetakkan (parang, golok, pedang): dihunuskannya pisau dr pinggangnya dan diparangkannya kpd anak kera itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj alat drpd besi yg bermacam-macam bentuknya tetapi lebih besar drpd pisau, digunakan utk memotong, sbg senjata dsb; sj golok: ~ lading; ~ puting. memarang memotong atau menetak dgn parang. memarangkan menggunakan sesuatu sbg parang utk menetak: ~ pedang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
parang (kata nama)
Bersinonim dengan bedama, bendo, candung, dodong, golok, kudi.,

Puisi
 

Bukannya parang hulu permata,
     Parang sakti tidak berulu;
Bukan sekarang saya berkata,
     Sudah terjanji dari dahulu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Suruh kerja golok Keling,
     suruh makan parang puting.

Bermaksud :

Malas bekerja tetapi banyak makan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
meliau[m«.li.jAw]kata kerja1. bertambah besar (berkenaan luka dan lain-lain) meroyak.Luka kena parang tu maken meliau pasai dia tak berobat.[lu.kA k«.nA pA.ÒAN tu mA.kin m«.li.jAw pA.sAj di.jA tA/ b«.ҍ.bAt]Luka kerana terkena parang itu semakin membesar kerana tidak diubat.
lerang[lE.ÒAN]kata namabahagian tandan kelapa tempat bergantung buah atau putik.Depa guna parang nak kerat lerang biaq nyoq tu lepaeh dari tandan dia.[dE.pA gu.nA pA.ÒAN nA/ k«.ÒAt lE.ÒAN bi.jA)Ö ø)Ö tu l«.pAEh dA.Òi tAn.dAn di.jA]Mereka menggunakan parang untuk memotong lerang supaya kelapa itu bercerai daripada tandannya.

Kembali ke atas