balan | [bA.lAn] | kata kerja | menyekat, menghadang atau memotong peluang seseorang untuk kepentingan sendiri. | Dia dok sebok balan orang saja, pasai tula semua hak dia buat tak menjadi. | [di.jA do/ sE.b/ bA.lAn .ÒAN sA.dZA pA.sAj tu.lA s«.mu.wA hA/ di.jA bu.wAt tA/ m«n.dZA.di] | Dia sibuk menghalang peluang orang, sebab itulah semua yang dibuatnya tidak sempurna. |
menyerama | [m«.ø«.ÒA.mA] | kata kerja | merebut, mengambil peluang, menyondol, bermuka-muka. | Majelih tu bagi orang-orang tetentu saja, tapi dia menyerama masok nak besalam dengan menteri. | [mA.dZ«.lih tu bA.gi .ÒAN..ÒAN t«.t«n.tu sA.dZA tA.pi di.jA m«.ø«.ÒA.mA mA.so/ nA/ b«.sA.lAm d«.NAn m«n.t«.Òi] | Majlis itu hanya khas untuk orang-orang tertentu saja, tetapi dia mengambil peluang masuk untuk bersalam dengan menteri. |
pelahau | [p«.lA.hAw] | kata adjektif | kecewa, hampa, terlepas peluang; tepelahau. | Budak tu tepelahau pasai tak dapat masok pereksa. | [bu.dA/ tu p«.lA.hAw pA.sAj tA/ dA.pAt mA.so/ p«.Òe/.sA] | Budak itu kecewa kerana tidak dapat menduduki peperiksaan. |
tepelahau | [t«.p«.lA.hAw] | kata adjektif | kecewa, hampa, terlepas peluang; pelahau. | Budak tu tepelahau pasai tak dapat masok pereksa. | [bu.dA/ tu t«.p«.lA.hAw pA.sAj tA/ dA.pAt mA.so/ p«.Òe/.sA] | Budak itu kecewa kerana tidak dapat menduduki peperiksaan. |
polok | [p.l/] | kata kerja | 1. sikap seseorang yang haloba, tamak dan ingin memiliki semuanya. | Bila dapat peluang baek dia polok sorang saja. | [bi.lA dA.pAt p«.lu.wAN bAe/ di.jA p.l/ s.ÒAN sA.dZA] | Bila mendapat kesempatan yang baik, dia bolot seorang sahaja. |