| rau | [ÒAw] | kata nama | penyidai, ampaian. | Pi jemoq baju ni kat rau. | [pi dZ«.m)Ö bA.dZu ni kAt ÒAw] | Pergilah jemur baju ini di ampaian. |
| laeh | [lAEh] | kata adjektif | letih, daif, selekeh, tidak bermaya. | Awat hang ni laeh sangat, saket ka, pi la jumpa dokto. | [A.wAt hAN ni lAEh sA.NAt sA.ket kA pi lA dZum.pA d/.t] | Kenapa engkau lemah sangat, jika sakit, pergilah berjumpa doktor. |
| jujoh | [dZu.dZoh] | kata adjektif | berkenaan dengan buah-buahan, ikan dan sebagainya yang banyak atau lebat pada musim-musim tertentu. | Kalu hang nak makan derian, pila kat duson dia, masa derian tengah jujoh sebulan lagi. | [kA.lu hAN nA/ mA.kAn d«.Òi.jAn pi.lA kAt du.son di.jA mA.sA d«.Òi.jAn te.NA dZu.dZoh s«.bu.lAn lA.gi] | Kalau hendak makan durian, pergilah ke dusunnya semasa buah durian sedang banyak, kira-kira sebulan lagi. |
| mengambang | [m«.NAm.bAN] | kata kerja | duduk di pintu rumah dengan tujuan supaya diperhatikan oleh orang yang lalu lalang, di hadapan rumahnya (berkenaan anak-anak gadis yang belum berkahwin). | Tiap-tiap petang hang suka dok mengambang tang pintu, pi la masok dalam. | [ti.jAp.ti.jAp p«.tAN hAN su.kA do/ m«.NAm.bAN tAN pin.tu pi lA mA.so/ dA.lAm] | Tiap-tiap petang awak suka duduk mengambang di pintu, pergilah masuk ke dalam. |
| enjang | [en.dZAN] | kata nama | panggilan dan gelaran bagi datuk saudara (tok anjang), nenek saudara (tok anjang), bapak saudara (pak anjang), emak saudara (mak anjang), saudara atau anak (anjang) yang menduduki tempat keempat dalam susunan sesuatu keluarga. | Esok, pak enjang hang ajak pi kat duson dia, pila ramai-ramai. | [E.s/ pA/ en.dZAN hAN A.dZA/ pi kAt du.son di.jA pi.lA ÒA.mAj.ÒA.mAj] | Esok, Pak Anjang engkau menjemput ke dusunnya, pergilah beramai-ramai. |
| bahari | [bA.hA.Òi] | kata nama | pelawak. | Hang toksahla pi dok jadi bahari hiboq hati orang, pi la hiboq hati anak bini hang bagi cukop makan pakai depa. | [hAN to/.sAh.lA pi do/ dZA.di bA.hA.Òi hi.bâÖ hA.ti .ÒAN pi lA hi.bâÖ hA.ti A.nA/ bi.ni hAN bAgi tSu.kop mA.kAn pA.kAj dE.pA] | Tidak usahlah awak menjadi pelawak menghiburkan hati orang, pergilah hiburkan hati anak isteri awak, supaya cukup makan pakai mereka. |