Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.la.han] | ڤرلاهن

Definisi : 1. tidak terburu­buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lam­bat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-­sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; memperlahankan 1. menjadikan perlahan, memperlambat: apabila menghampiri persimpangan jalan ia ~ kereta yg dipandunya; 2. mengecilkan suara atau bunyi: perlahankan sedikit radio itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.la.han] | ڤرلاهن

Definisi : 1 tidak tergesa-gesa; lambat-lambat: berjalan dgn ~. 2 tidak kuat atau tidak nyaring bunyinya; lembut: Bercakaplah ~ sedikit. 3 tidak dgn tenaga yg banyak; tidak kuat-kuat: Tekan pin itu dgn ~. memperlahankan 1 membuat jadi perlahan; melambatkan: Dia ~ keretanya. 2 merendahkan atau mengecilkan bunyi sesuatu: ~ radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlahan
Kata Terbitan : perlahan-lahan, memperlahankan,

Puisi
 

Anak burung terbang perlahan,
     Hinggap mari ranting kayu;
Kalau nak beli buah setandan,
     Tentu bercampur masak layu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti gunting makan dihujung.

Bermaksud :

Membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
koi II[kj]kata adjektifberhati-hati, perlahan-lahan, beransur-ansur.Dok gelot buat apa sangat, kreja tu koi-koi habeh la.[do/ g«.lot bu.wAt A.pA sA.NAt, kÒ«.dZA tu kj.kj hA.beh lA]Buat apa terburu-buru, beransur-ansur pun selesai juga kerja tu.
meloroeh[m«.l.ҍEh]kata kerjaturun secara perlahan-lahan atau beransur-ansur.Seluaq hak dia pakai tu longgak, jadi bila bejalan gadoh nak meloroeh saja.[s«.lu.wA)Ö hA/ di.jA pA.kAj tu loN.gA/ dZA.di bi.lA b«.dZA.lAn gA.doh nA/ m«.l.ҍEh sA.dZA]Seluar yang dipakainya longgar, jadi bila berjalan asyik nak turun saja ke bawah.
pedap II[p«.dAp]kata adjektifberkenaan cara berjalan yang perlahan-lahan, berhati-hati.Awat hang jalan tepedap-pedap, macam kucin nak tangkap tikuih.[A.wAt hAN dZA.lAn t«.p«.dAp.p«.dAp mA.tSAm ku.tSin nA/ tAN.kAp ti.kuih]Kenapa awak berjalan berhati-hati, seperti kucing hendak menangkap tikus.
teketek-teketek[t«.kE.tE/.kE.tE/]kata adjektifberkenaan berjalan yang perlahan-lahan, setapak demi setapak, (seperti kanak-kanak baru belajar berjalan, cara berjalan orang kerdil), terkedek-kedek.Si Katek tu bejalan teketek-ketek macam itik.[si kA.te/ tu b«dZA.lAn t«.kE.tE/.kE.tE/ mA.tSAm i.te/]Si Katik itu berjalan terkedek-kedek seperti itik.
mut-mut[mut.mut]kata adjektifberkenaan pergerakan nadi atau nafas yang perlahan, terkemut-kemut, berkemut-kemut, nyawa-nyawa ikan.Kucin hak kena langgaq moto tu nyawa dia dok mut-mut.[ku.tSin hA/ k«.nA lAN.gA)Ö mo.to tu øA.wA di.jA do/ mut.mut]Kuching yang dilanggar motorsikal itu, nyawanya tinggal nyawa-nyawa ikan.
kerunaeh[k«.Òu.nAEh]kata kerjamenggaru atau mengopek dengan cara yang perlahan dengan hujung jari; kerumit.Dia kerunaeh kerupin kude dia itu sampai bedarah.[di.jA k«.Òu.nAEh k«.Òu.pin ku.dE di.jA itu sAm.pAj b«.dA.ÒAh]Dia mengopek keruping kudisnya itu sehingga berdarah.
   2. menguatkan suara.Awat hang bang pelan sangat, laen kali pederaeh la siket.[A.wAt hAN bAN p«.lAn sA.NAt lAen kA.li p«.d«.ÒAEh lA si.ket]Kenapa engkau azan terlalu perlahan, lain kali kuatlah sedikit.

Kembali ke atas