Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.but] | رامبوت

Definisi : 1. sj bulu yg tumbuh di kepala: ~nya ikal, lebat, dan hitam; ~ kelong dahi rambut yg ikal di dahi; anak ~ hujung rambut yg ikal pd dahi dll; gigi ~ rambut yg di pinggir; kaki ~ rambut yg di pinggir atas tengkuk; si ~ panjang bp orang perempuan; termakan di ~ sangat susah; sakit kepala panjang ~ pura-pura sakit kepala; 2. sesuatu yg spt rambut; ~ anak kundai rambut pendek di dahi pengantin; ~ genjur rambut yg kejang (tegak kaku); ~ ikal rambut yg mengombak; ~ jagung bulu pd jantung jagung; ~ kerul = ~ keriting rambut ikal kecil-kecil; ~ palsu rambut buatan; ~ sama hitam, hati masing-masing berlainan prb masing-masing orang itu mempunyai pendapat (kemahuan dll) yg berlainan; bagai ~ dibelah tujuh prb perihal sesuatu yg terlalu sedikit (kecil); spt bergantung pd (di) ~ sehelai prb sentiasa dlm keadaan yg sangat sulit dan berbahaya; spt menghela ~ dlm tepung, ~ jangan putus, tepung jangan ter­serak prb menghukum hendaklah dgn seadil-adilnya; serambut sebesar rambut, sekecil-kecilnya: tidak ada suatu kejadian yg betul-betul sempurna tanpa ada sebarang cacat walau ~ jua; berambut mempunyai atau ditumbuhi rambut: hatinya terpaut dgn pemuda yg ~ hitam ber-kilat itu; kepalanya hampir botak tidak ~ lagi; merambut berhelai-helai spt rambut; perambut sj tali (dawai) yg kuat antara tali kail dgn mata kail. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.but] | رامبوت

Definisi : ; akar ~ cambang sj tumbuhan (pokok memanjat), Cynanchum spp.; cenda­wan ~ ali sj tumbuhan (cendawan), Maras­mius gordipes. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.but] | رامبوت

Definisi : 1 bulu yg tumbuh di kepala manusia: ~nya lebat dan hitam. 2 benda spt rambut 1 (yg halus-halus dan panjang): akar ~. berambut ada rambutnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rambut (kata nama)
Bersinonim dengan uban, surai, bulu;,
Kata Terbitan : berambut,

Puisi
 

Rambut hitam berkilat-kilat,
     Jatuh ke bantal berlipat-lipat;
Tuan laksana air yang lebat,
     Minum sedikit menjadi ubat.


Lihat selanjutnya...(54)
Peribahasa

Rambut sudah dua macam (= warnanya).

Bermaksud :

Orang yang sudah setengah umur.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rangsa[ÒAm.bot kA.ÒAn]kata namarambut yang dikerintingkan, rambut kerinting.Zaman taon empat puluhan dulu, pompuan hak rambot karan depa kata moden sangat.[zA.mA tAon «m.pAt pu.lu.hAn du.lu pom.pu.wAn hA/ ÒAm.bot kA.ÒAn dE.pA kA.tA mo.dEn sA.NAt]Pada zaman tahun empat puluhan dahulu, kaum wanita yang mengkerintingkan rambut, dianggap terlalu moden.
dendan[d«n.dAn]kata kerjamemintal, menganyam rambut dalam bentuk menjalin (tiga gumpal rambut menjadi satu anyaman).Rambot Timah panjang, dia buat dendan dua, lepaeh tu buboh bunga kat ujong.[ÒAm.bot ti.mAh pAn.dZAN di.jA bu.wAt d«n.dAn du.wA l«.pAEh tu bu.boh bu.NA kAt u.dZoN]Rambut Timah panjang, dijalin menjadi dandan dua, dan dihiasi bunga di hujungnya.
seregum[s«.Ò«.gum]kata adjektiftidak teratur, kusut-masai (tentang rambut yang banyak).Budak-budak muzik tu tak sikat rambot depa bagi seregum.[bu.dAk.bu.dA/ mu.zi/ tu tA/ si.kAt ÒAm.bot dE.pA bA.gi s«.Ò«.gum]Pemain-pemain muzik itu tidak menyisir atau mendandan rambut sebaliknya dibiarkan kelihatan kusut-masai.
rambot boyan[ÒAm.bot b.jAn] ] rambut lelaki yang digunting rapi.Zaman dulu, budak-budak hak mengaji pondok, tak buleh taroh rambot boyan, depa kena cukoq.[zA.mA du.lu bu.dA/.bu.dA/ hA/ m«.NA.dZi pon.do/ tA/ bu.leh tA.Òoh ÒAm.bot b.jAn dE.pA k«.nA tSu.k)Ö]Zaman dahulu para pelajar yang menuntut di pondok tidak dibenarkan menyimpan rambut, mereka dimestikan mencukurnya.
cerin[tS«.Òin]kata adjektifberkenaan rambut, bulu dan lain-lain yang kering, keras dan tegak. Selalunya kerana keadaan semula jadi atau sebab tidak dibubuh minyak.Awat cerin sangat rambot budak tu, tak prenah kena minyak kot?[A.wAt tS«.Òin sA.NAt ÒAm.bot bu.dA/ tu tA/ pÒ«.nAh k«.nA mi.øA/ kot]Kenapa kering sangat rambut budak itu, agaknya tidak pernah dibubuh minyak.
ekoq pipet[E.kâÖ pi.pet] rambut yang tumbuh di hadapan telinga yang memanjang ke bawah kiri kanan pipi, tali tudung, bulu pelipis.Pesyen rambot budak-budak jantan la ni tak dak ekoq pipet, potong lincen.[pE.Sen ÒAm.bot bu.dA/.bu.dA/ dZAn.tAn lA ni tA/ dA/ E.kâÖ pi.pet p.tN lin.tSen]Fesyen rambut remaja lelaki kini tiada ekor pipit kerana digunting bersih.
kerusut[k«.Òu.sut]kata adjektifberkenaan rambut dan benang yang kusut, berselirat, kerumut; kerosot.Buat apa hampa biaq benang tu jadi lagu ni, kerosot habeh.[bu.wAt A.pA hAm.pA bi.jA)Ö b«.nAN tu dZA.di lA.gu ni k«.Òu.sut hA.beh]Mengapa engkau biarkan benang ini sampai jadi begini, kesemuanya kusut.
kerosot[k«.ҍ.st]kata adjektifberkenaan rambut dan benang yang kusut, berselirat, kerumut; kerusut.Buat apa hampa biaq benang tu jadi lagu ni, kerosot habeh.[bu.wAt A.pA hAm.pA bi.jA)Ö b«.nAN tu dZA.di lA.gu ni k«.ҍ.st hA.beh]Mengapa engkau biarkan benang ini sampai jadi begini, kesemuanya kusut.

Kembali ke atas