Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ja] | ساج

Definisi : bp sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ja] | ساج

Definisi : 1 (biasanya utk menguatkan kata hanya, melainkan, cuma dsb) tiada yg lain; satu-satunya: Hanya tuanlah ~ yg dpt menolong saya. 2 selalu demikian (ttg keadaan, hal dll); masih begitu juga: Sudah tiga hari dia asyik termenung ~. 3 usahkan (jangankan) … malah; pun: Usahkan menegur, melihat ~ dia tidak sudi. 4 sesiapa … pun; sebarang: Sesiapa ~ dpt melakukannya. Ke mana ~ dia pergi, isterinya tentu ada bersama. 5 (dilakukan dll) dgn mudah, dgn sesuka hati dsb: Beras yg sekarung itu dijinjingnya ~. Diberikannya ~ wang itu kpd adiknya. 6 (utk menguatkan erti kata sebelumnya) sangat; sekali: Perkara itu mudah ~ diselesaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saja

Puisi
 

Bukan saja saya menali,
     Saya menali benang melati;
Bukan saja adik menyanyi,
     Adik menyanyi menghibur hati.


Lihat selanjutnya...(69)
Peribahasa

Hinggap saja bagai langau.

Bermaksud :

Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). Peribahasa lain yang sama makna: Hinggap bak langau, titik bak hujan).

 

Lihat selanjutnya...(160)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
segagan[gA.gAn]kata adjektifsebaya, sepadan, sama besar.Budak-budak Taon Satu sekolah ni nampak segagan saja.[bu.dA/.bu.dA/ tAon sA.tu s«.ko.lAh ni nAm.pA/ s«.gA.gAn sA.dZA]Budak-budak Tahun Satu sekolah ini kelihatan sebaya saja.
merega[m«.Ò«.gA]kata adjektiftua merega, sangat tua, tua bangka.Tua merega tu, elok dok ataeh tikaq semayang saja.[tu.wA m«.Ò«.gA tu E.l/ do/ A.tAEh ti.kA)Ö s«.mA.jAN sA.dZA]Orang setua itu sepatutnya beramal ibadat saja.
baloq liat[bA.lâÖ li.jAt] pemalas, degil.Hang ni baloq liat sunggoh, pagi petang dok nak tidoq saja.[hAN ni bA.lâÖ li.jAt suN.goh pA.gi p«.tAN do/ nA/ ti.dâÖ sA.dZA]Kamu ini pemalas sungguh, pagi petang asyik tidur saja.
merak[m«.ÒA/]kata adjektifsombong, angkuh dan suka peraga diri.Penyanyi tu merak sunggoh, dia ingat dia sorang saja baguih.[p«.øA.øi tu m«.ÒA/ suN.goh di.jA i.NAt di.jA s.ÒAN sA.dZA bA.guih]Penyanyi itu berlagak sombong, dia sangka dia seorang saja yang pandai menyanyi.
menyerama[m«.ø«.ÒA.mA]kata kerjamerebut, mengambil peluang, menyondol, bermuka-muka.Majelih tu bagi orang-orang tetentu saja, tapi dia menyerama masok nak besalam dengan menteri.[mA.dZ«.lih tu bA.gi .ÒAN..ÒAN t«.t«n.tu sA.dZA tA.pi di.jA m«.ø«.ÒA.mA mA.so/ nA/ b«.sA.lAm d«.NAn m«n.t«.Òi]Majlis itu hanya khas untuk orang-orang tertentu saja, tetapi dia mengambil peluang masuk untuk bersalam dengan menteri.
   2. mengambil seluruhnya.Buah moktan tu depa relaeh tinggai dahan dia saja.[bu.wAh m/.tAn tu dE.pA Ò«.lAEh tiN.gAj dA.hAn di.jA sA.dZA]Mereka mengambil kesemua buah rambutan di pokok rambutan itu sehingga tinggal dahannya sahaja.
meloroeh[m«.l.ҍEh]kata kerjaturun secara perlahan-lahan atau beransur-ansur.Seluaq hak dia pakai tu longgak, jadi bila bejalan gadoh nak meloroeh saja.[s«.lu.wA)Ö hA/ di.jA pA.kAj tu loN.gA/ dZA.di bi.lA b«.dZA.lAn gA.doh nA/ m«.l.ҍEh sA.dZA]Seluar yang dipakainya longgar, jadi bila berjalan asyik nak turun saja ke bawah.
bokbuat[b/.bu.wAt] [bo/.bu.wAt]kata kerjaberpura-pura berbuat sesuatu, bergurau, acah-acah, buat-buat.Pi gerak tok wan hang tu, dia bokbuat tidoq saja tu.[pi g«.ÒA/ to/ wAn hAN tu di.jA b/.bu.wAt ti.dâÖ sA.dZA tu]Pergi bangunkan datuk engkau tu, dia berpura-pura tidur saja.
rudui[Òu.duj]kata adjektifmengantuk, mata layu.Aku tengok hang ni rudui saja, hang tak cukop tidoq ka.[A.ku tE.N/ hAN ni Òu.duj sA.dZA hAN tA/ tSu.kop ti.d)Ö kA]Aku lihat engkau ini mengantuk sahaja, engkau tidak cukup tidurkah.
nin[nin]kata adjektiftenang, jernih.Amboi, ayaq danau tu tak bekocak langsong, nin saja.[Am.boj A.jA)Ö dA.nAw tu tA/ b«.ko.tSA/ lAN.soN nin sA.dZA]Amboi, air di danau itu sungguh tenang dan jernih sekali.
123456

Kembali ke atas