Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
samsam[sAm.sAm]kata namawarganegara Malaysia (biasanya peranakan Melayu Siam di daerah sempadan dengan Thailand) yang berbahasa Siam dan Melayu.Hang ni orang Kedah jati ka orang samsam.[hAN ni .ÒAN k«.dAh dZA.ti kA .ÒAN sAm.sAm]Engkau ini orang Kedah jati atau orang Samsam.
rusam[Òu.sAm]kata namasejenis alat (batang atau pegangannya daripada kayu atau kayu yang boleh berputar) untuk mengajar anak-anak kecil berjalan.Dulu depa pakai rusam nak ajaq anak depa bejalan.[du.lu dE.pA pA.kAj Òu.sAm nA/ A.jA)Ö A.nA/ dE.pA b«.dZA.lAn]Dahulu ibu bapa menggunakan rusam untuk melatih anak-anak mereka berjalan.
sambai makau[sAm.bAj mA.kAw]kata namasos yang menjadi pencecah timun, sos cili.   
satni[sAt.ni]kata adjektifsebentar lagi, kemudian.Satni depa sampai la.[sAt.ni dE.pA sAm.pAj lA]Sebentar lagi mereka sampailah.
misin[mi.sin]kata namamemulas, sakit perut kerana keracunan makanan dan sebagainya, senak merekan.Depa makan kerang cicah ayaq asam banyak sangat malam tu sampai misin perot.[dE.pA mA.kAn k«.ÒAN tSi.tSAh A.jA)Ö A.sAm bA.øA/ sA.NAt mA.lAm tu sAm.pAj mi.sin p«.Òot]Mereka makan kerang dengan cicah air asam banyak sangat pada malam itu sehingga perut memulas.
benoh[bE.nh]kata kerjabelok, simpang, selekoh.Sampai kat ujong jalan tu hang benoh kiri.[sAm.pAj kAt u.dZoN dZA.lAn tu hAN bE.nh ki.Òi]Apabila sampai di hujung jalan itu, kamu belok ke kiri.
ragan[ÒA.gAn]kata kerjatujah.Depa ragan boya tu sampai mampuih.[dE.pA ÒA.gAn b.jA tu sAm.pAj mAm.puih]Mereka tujah buaya tu sehingga mati.
mengkala[m«N.kA.lA]kata tugas1. bila.Mengkala depa nak sampai?[m«N.kA.lA dE.pA nA/ sAm.pAj]Bilakah mereka nak sampai?
handoh[hAn.doh]kata kerjamemukul, menetak (dengan kuat), menghentam.Depa handoh kawaq tu sampai pengsan.[dE.pA hAn.doh kA.wAâÖ tu sAm.pAj pEN.sAn]Mereka memukul dengan kuat pencuri itu hingga pengsan.
bui[bui] [bu.wi]kata kerjaberi atau bagi.Bui aku sikit pekasam hang tu.[bu.wi A.ku si.kit p«.kA.sAm hAN tu]Berikan aku sedikit pekasam kepunyaan kau itu.
123456

Kembali ke atas