| | | 2. mengambil sesuatu tanpa izin, mencuri. | Perangai dia macam tu dah, mokalu bekenan satu-satu barang mesti dia gabuih. | [p«.ÒA.NAj di.jA mA.tSAm tu dAh m.kA.lu b«.k«.nAn sA.tu.sA.tu bA.ÒAN mes.ti di.jA gA.buih] | Perangainya memang begitu, jika berkenan pada sesuatu barang mesti dicurinya. |
dapoq | [dA.pâÖ] | kata nama | 1. ukuran tradisional bagi keluasan tanah, iaitu satu jemba lebar dan satu jemba panjang, bersamaan dengan 19.2 meter (64 kaki) persegi (Catatan: satu relung bersamaan dengan 484 dapoq). | Depa dapat hareta pesaka sorang serelong lima puloh dapoq. | [dE.pA dA.pAt hA.Ò«.tA p«.sA.kA s.ÒAN s«.Ò«.loN li.mA pu.loh dA.pâÖ] | Mereka mendapat harta pesaka sebanyak satu relung lima puluh jemba setiap orang. |
sireh suson | [si.Òeh su.son] | | susunan daun sirih sebanyak dua puluh helai. | Sireh suson ni satu berapa kupang. | [si.Òeh su.son ni sA.tu b«.ÒA.pA ku.pAN] | Sirih susun ini satu berapa sen. |
segagan | [gA.gAn] | kata adjektif | sebaya, sepadan, sama besar. | Budak-budak Taon Satu sekolah ni nampak segagan saja. | [bu.dA/.bu.dA/ tAon sA.tu s«.ko.lAh ni nAm.pA/ s«.gA.gAn sA.dZA] | Budak-budak Tahun Satu sekolah ini kelihatan sebaya saja. |
makloh | [mA/.lh] | kata nama | gelaran kepada orang yang baru memeluk agama Islam, mualaf, saudara baru. | Salah satu kreja PERKIM kena bantu makloh. | [sA.lAh sA.tu kÒ«.dZA p«r.kim k«.nA bAn.tu mA/.lh] | Salah satu daripada tugas PERKIM ialah membantu saudara-saudara baru. |
meragau | [m«.ÒA.gAw] | kata kerja | satu cara menangkap ikan menggunakan tangan, gagau. | Dogoi memang tera pasai meragau ikan dalam sejam bakoi dia penoh. | [d.gj mE.mAN t«.ÒA pA.sAj m«.ÒA.gAw i.kAn dA.lAm s«.dZAm bA.koj di.jA p«.noh] | Dogol pandai meragau ikan, dia dapat sebakul penuh ikan dalam satu jam. |
doyok | [d.j/] | kata adjektif | bodoh atau lembap. | Budak ni doyok sunggoh, suruh kera satu sampai sepuloh pon dia tak tau. | [bu.dA/ ni d.j/ suN.goh su.Òoh kE.ÒA sA.tu sAm.pAj s«.pu.loh pon di.jA tA/ tAw] | Budak ini bodoh sungguh, disuruh mengira satu hingga sepuluh pun dia tidak tahu. |
bekehele | [b«.k«.hE.lE] | kata adjektif | keletihan (dalam satu kumpulan atau kelompok). | Lepaeh begotong-royong, depa bekehele dok berehat kat tepi surau tu. | [l«.pAEh b«.go.toN.Ò.jN dE.pA b«.k«.hE.lE do/ b«.ÒE.hAt kAt t«.pi su.ÒAw tu] | Selepas bergotong-royong, mereka keletihan lalu duduk berehat di tepi surau itu. |
culin | [tSu.lin] | kata nama | sedikit (digunakan sebagai penjodoh bilangan), seculin ialah satu ukuran yang sedikit. | Lepaeh isap candu dua culin, dia tidoq sampai siang. | [l«.pAEh i.sAp tSAn.du du.wA tSu.lin di.jA ti.dâÖ sAm.pAj si.jAN] | Selepas menghisap candu dua culin, dia pun tertidur sampai siang. |
jeromoh | [dZ«.Ò.mh] | kata kerja | tersua, terserempak, bertembung tanpa diduga antara satu dengan yang lain, jerempak; jerembap. | Tadi aku jeromoh dengan dia kat pekan. | [tA.di A.ku dZ«.Ò.mh d«.NAn di.jA kAt p«.kAn] | Aku terserempak dengannya di pekan tadi. |