Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sauh] | ساءوه

Definisi : alat yg berkait dan berat, yg dilabuhkan ke dlm air supaya perahu (kapal dll) tidak hanyut, jangkar; membongkar ~ mengangkat sauh (kerana hendak belayar); membuang (melabuhkan) ~ mencampakkan sauh (supaya perahu tidak hanyut); ~ buji sauh kecil yg ada empat pengaitnya; ~ cemat = ~ kecil sauh kecil yg dilemparkan ke perahu dll utk menariknya; ~ terbang sauh yg dilemparkan (ke darat, ke tebing, dll); bersauh 1. memakai (menggunakan) sauh; 2. berlabuh (kapal, perahu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sauh] | ساءوه

Definisi : ; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), a) cana, Parinarium griffthianum; b) merbatu layang, Parinarium corymbosum; ~ menila sj tum-buhan (pokok), ciku, Achras zapota. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sauh] | ساءوه

Definisi : besi berat berkait yg dilabuhkan ke dlm air supaya kapal tidak hanyut; membongkar ~ mengangkat sauh ke atas kapal; membuang (melabuhkan) ~ menurunkan sauh ke air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sauh (kata nama)
Bersinonim dengan jangkar, anjar.,

Puisi
 

Datuk Kelana pergi menangguk,
     Tersangkut tangguk di sauh kapal;
Saya umpama orang mengantuk,
     Apatah lagi disorong bantal.


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rait[ÒAit]kata namacangkuk yang terdapat pada hujung mata kail, panah, sauh.Payah nak buang kael mokalu rait dia tesangkot kat insang ikan.[pA.jAh nA/ bu.wAN kAel m.kA.lu ÒAit di.jA t«.sAN.kot kAt in.sAN i.kAn]Sukar untuk mengeluarkan mata kail jika cangkuknya terlekat pada insang ikan.

Kembali ke atas