Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : sewaktu belum, pd waktu belum: ~ mandi pagi, dia bersenam; kita seharusnya berusaha ~ terlambat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : ketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelum

Puisi
 

Sungai Bintangor airnya merah,
     Tempat budak bercuci kaki;
Sebelum bergurau saya berolah,
     Dari hidup sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sebelum hujan petir berpalu,
     kilat bersabungan.

Bermaksud :

Menceritakan dengan angkuh tentang sesuatu pekerjaan yang belum dikerjakan.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
busai[bu.sAj]kata kerjalari sebelum berlaga, berlawan (berkenaan kerbau, ikan pelaga, lembu), pengecut.Tak dan nak lawan lagi, krebau hang dah busai cungget balek sana padang.[tA/ dAn nA/ lA.wAn lA.gi kÒ«.bAw hAN dAh bu.sAj tSuN.get bA.le/ sA.nA pA.dAN]Belum sempat berlawan, kerbau engkau lari lintang pukang ke seberang padang.
baulu rendang[bAw.lu Ò«n.dAN] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum, telur dan pati santan, diuli dan ditekap dengan acuan sebelum digoreng dalam minyak.   
dahdah[dAh.dAh]kata tugasbersedia, dahulu, sudah siap, selesai.Siapla dahdah sebelom depa mai.[si.jAp.lA dAh.dAh s«.b«.lom dE.pA mAj]Bersiaplah dahulu sebelum mereka datang.
meluh[m«.luh]kata kerjamembajak sawah (pada peringkat pertama).Kita kena meluh bendang kita dulu baru kita sisiaq.[ki.tA k«.nA m«.luh ben.dAN ki.tA du.lu bA.Òu ki.tA si.si.jA)Ö]Kita mesti membajak kali pertama dulu sebelum boleh melakukan proses menyisir sawah.
meloh[m«.lh]kata kerjamembajak sawah (pada peringkat pertama).Kita kena meloh bendang kita dulu baru kita sisiaq.[ki.tA k«.nA m«.lh ben.dAN ki.tA du.lu bA.Òu ki.tA si.si.jA)Ö]Kita mesti membajak kali pertama dulu sebelum boleh melakukan proses menyisir sawah.
menyorok[m«.ø.ҍ/]kata kerjasarapan, minum pagi, kudapan.Depa menyorok pulot kukuih dengan tamban kiat bila nak pi bendang.[dE.pA m«.ø.ҍ/ pu.lot ku.kuih d«.NAn tAm.bAn ki.jAt bi.lA nA/ pi b«n.dAN]Mereka berkudapan pulut kukus dengan ikan tamban kering goreng sebelum turun ke sawah.
badai[bA.dAj]kata kerjameratakan tanah sawah dengan menggunakan batang pisang, kayu bulat, tenggiling, dan sebagainya.Badai dulu tapak semai, lepaeh tu baru taboq padi benih.[bA.dAj du.lu tA.pA/ s«.mAj l«.pAEh tu bA.Òu tA.bâÖ pA.di b«.nih]Ratakan dahulu tapak semaian itu sebelum menabur benih padi.
tokai[t.kAj]kata kerjamencuba.Hang tokai beniaga kecik-kecik kat pekan nat dulu, tara hang nak bukak kedai besaq.[hAN t.kAj b«.ni.jA.gA k«.tSi/.k«.tSi/ kAt p«.kAn nAt du.lu tA.ÒA hAN nA/ bu.kA/ k«.dAj b«.sA)Ö]Eloklah awak mencuba berniaga kecil-kecilan di pasar sehari sebelum berniaga secara besar-besaran.
loceh[l.tSEh]kata kerjamenarik sesuatu yang menutupi hingga ke had tertentu (seperti kain, kulit zakar dan sebagainya).Nak bagi senang loceh kote, masa nak masok jawi, suroh budak tu berendam dalam ayaq.[nA/ bA.gi s«.nAN l.tSEh k.tE mA.sA nA/ mA.so/ dZA.wi su.Òoh bu.dA/ tu b«.Ò«n.dAm dA.lAm A.jA)Ö]Untuk memudahkan kemaluan budak itu diloceh sebelum berkhatan, budak itu hendaklah disuruh berendam dalam air dahulu.

Kembali ke atas