Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.gah] | سرݢه

Definisi : kata-kata atau suara yg kuat (utk memeranjatkan orang dll); menyergah memeranjatkan orang dgn suara yg keras, membentak, mengherdik: Mak Limah dan Bedah selalu ~ Ani kerana leternya; sergahan suara (bunyi) menyergah: dia tersentak mendengar ~ itu; ® sergap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.gah] | سرݢه

Definisi : kata-kata atau suara yg kuat utk memeranjatkan (memarahi dll) orang. menyergah mengeluarkan kata-kata atau suara yg kuat utk memeranjatkan (memarahi dll) orang; mengejutkan dll orang dgn bersuara keras: Pak Man telah ~ budak-budak yg mencuri rambutannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sergah
Rujuk :herdik, mengherdik,


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kepah[k«.pAh]kata kerjamengusik dengan cara memekik dari arah yang tidak disedari (dari belakang), terjah, sergah.Hang jangan cuba kepah tok Mah bidan tu satni dia latah, mampoeh hang.[hAN dZA.NAn tSu.bA k«.pAh to/ mAh bi.dAn tu sAt.ni di.jA lA.tAh mAm.poeh hAN]Kamu jangan selalu mengusik tok Mah bidan itu kalau dia melatah, nahas engaku.
paling[pA.liN]kata tugasarahan menyuruh kerbau berpusing arah kanan menuju ke belakang sewaktu membajak (kerbau).“Paling!”, Mat sergah krebau dia suroh pusin belakang, tapi krebau tu buat tak tau saja.[pA.liN mAt s«Ò.gAh kÒ«.bAw di.jA su.Òoh pu.sin b«.lA.kAN tA.pi kÒ«.bAw tu bu.wAt tA/ tAw sA.dZA]“Paling!”, Ahmad menyergah kerbaunya agar berpusing ke belakang, tetapi kerbau itu tidak memperdulikannya.
buih[bu.wih] bingkas bangun dan terus beredar kerana terperanjat atau segera pergi dalam keadaan tergesa-gesa, berambus; bangkit buih, cepuih.Dia buih bila kena jrekah.[di.jA bu.wih bi.lA k«.nA dZÒ«.kAh]Dia bingkas bangun dan beredar apabila kena sergah.
bangket buih[bAN.ket bu.wih] bingkas bangun dan terus beredar kerana terperanjat atau segera pergi dalam keadaan tergesa-gesa, berambus; buih, cepuih.Dia bangket buih bila kena jrekah.[di.jA bAN.ket bu.wih bi.lA k«.nA dZÒ«.kAh]Dia bingkas bangun dan beredar apabila kena sergah.

Kembali ke atas