Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[siang] | سياڠ

Definisi : 1. = ~ hari waktu dr matahari terbit hingga matahari terbenam, waktu matahari masih bersinar, lwn malam: mereka berjanji akan berjumpa pd waktu ~; buta ~ kurang pelihatan pd waktu siang; maharaja ~ matahari; 2. = siang-siang lebih awal (drpd yg sepatutnya), tidak terlambat, cepat atau lekas: wah, ~nya dapat kad jemputan!; kedai telah ditutup ~-~ lagi; ~ malam siang dan malam; ~ berpanas malam berembun = malam berselimut embun, ~ bertudung awan prb perihal orang yg melarat dan miskin, tidak mempunyai rumah tangga; murai berkicau hari ~ prb sesuatu yg sudah terang dan nyata; takkan sebab ayam seekor mengetahui hari ~ prb sesuatu pekerjaan yg dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang sahaja yg tidak suka; kesiangan terlewat (bangun drpd tidur dll) hingga siang: mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu nyenyak tidur; spt bulan ~ hari prb muka yg pucat benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siang] | سياڠ

Definisi : terang (halaman, kawasan, dll), bersih; menyiang 1. = menyiangi mencabut rumput (semak dll) supaya bersih: Hari Raya Pak Mat lumayan dgn duit, tanah perkuburan dia yg menyianginya; musim yg ketiga belum memberi apa-apa hasil lagi, padi masih disiangi; 2. = mempersiang mem­bersihkan ikan (daging dll) sebelum dimasak: aku telah disuruh oleh mereka ~ dua ekor ikan cencaru; menyiangkan menyiang (ikan, ayam dsb) utk: selain membasuh pakaian dan mengemas rumah, dia juga sempat ~ ibunya ikan pd pagi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siang] | سياڠ

Definisi : = ~ hari bahagian hari yg bermula dr ketika matahari terbit sehingga matahari terbenam; waktu bumi mendapat sinar matahari: ~ kita bekerja, malam kita tidur. siang-siang lebih awal atau lebih cepat drpd yg sepatutnya; tidak terlewat dr waktu yg ditentukan: Datanglah ~ supaya dpt memilih barang-barang yg baik. kesiangan terlewat bangun tidur (hingga hari siang baru bangun); bangun tidur ketika hari sudah siang: Mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu letih mengemping. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[siang] | سياڠ

Definisi : terang dan bersih sama sekali (kerana dibuang semaknya dll). me­nyiang 1 mencabut rumput (lalang, duri dll) supaya bersih: ~ sawah membersihkan sawah drpd tumbuh-tumbuhan yg tidak berguna. 2 membersihkan ikan (daging, sayur) sebelum dimasak: ~ ikan membuang sisik dan perut ikan sebelum dimasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siang

Puisi
 

Malam ini merendam jagung,
     Siang besok menumbuk serai;
Malam ini kita berkampung,
     Siang besok kita bercerai.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Siang bagai hari,
     terang bagai bulan.

Bermaksud :

Kesalahan yang sudah nyata sekali.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
menereloh[m«.n«.Ò«.lh]kata kerjatidur sepanjang masa (tentang orang).Pak hang menereloh siang malam, kreja tak mau buat.[pA/ hAN m«.n«.Ò«.lh si.jAN mA.lAm kÒ«.dZA tA/ mAw bu.wAt]Ayah engkau asyik tidur siang malam, kerja tidak mahu buat.
culin[tSu.lin]kata namasedikit (digunakan sebagai penjodoh bilangan), seculin ialah satu ukuran yang sedikit.Lepaeh isap candu dua culin, dia tidoq sampai siang.[l«.pAEh i.sAp tSAn.du du.wA tSu.lin di.jA ti.dâÖ sAm.pAj si.jAN]Selepas menghisap candu dua culin, dia pun tertidur sampai siang.
latu[lA.tu]kata kerja1. menyuruh (memerintah, memaksa) memperkuda seseorang bekerja atau membuat sesuatu tanpa berhenti atau berehat.Tak patot dia latu orang gaji dia lagu tu, siang malam suroh kreja.[tA/ pA.tot di.jA lA.tu .ÒAN gA.dZi di.jA lA.gu tu si.jAN mA.lAm su.Òoh kÒ«.dZA]Tidak sepatutnya dia memperkudakan pembantu rumahnya supaya bekerja siang dan malam seperti itu.

Kembali ke atas