simpan | [sim.pAn] | kata kerja | mengebumikan jenazah. | Pukoi berapa orang nak simpan mayat tu? | [pu.koj b«.ÒA.pA .ÒAN nA/ sim.pAn mA.jAt tu] | Pukul berapa hendak dikebumikan jenazah itu? |
bakoi lau | [bA.koj lAw] | | sejenis bakul buluh untuk mengisi padi. | Depa simpan padi dalam bakoi lau. | [dE.pA sim.pAn pA.di dA.lAm bA.koj lAw] | Mereka menyimpan padi di dalam bakul lau. |
bekabong | [b«.kA.boN] | kata adjektif | berkenaan keadaan yang bersepah-sepah dan berselerak. | Terok mak depa nak simpan, bilek depa bekabong sedia. | [t«.Òo/ mA/ dE.pA nA/ sim.pAn bi.le/ dE.pA b«. kA.boN s«.di.jA] | Teruklah emak mereka mengemaskan bilik yang bersepah-sepah barangnya itu. |
sama-tua | [sA.mA.tu.wA] | kata nama | pasangan suami isteri. | Rokiah ni sama-tua Kasim, yang tu sama tua Minah. | [Ò.ki.jAh ni sA.mA.tu.wA kA.sim jAN tu sA.mA.tu.wA mi.nAh] | Rokiah ini isteri Si Kasim, yang itu pula suami Minah. |
bekenjah | [b«.k«n.dZAh] | kata adjektif | banyak (buah-buahan, barang-barang keperluan dan sebagainya), berkenjah-kenjah. | Kalu musim buah, bekenjah buah moktan, buah derian, buah langsat kat pekan nat. | [kA.lu mu.sim bu.wAh b«.k«n.dZAh bu.wAh m/.tAn bu.wAh d«.Òi.jAn bu.wAh lAN.sAt kAt p«.kAn nAt] | Apabila musim buah, banyak buah rambutan, durian, langsat dan lain-lain di pekan sehari. |
anak anjin | [A.nA/ An.dZin] | | perut betis, buah betis, jantung betis, anjing-anjing (orang saja). | Kadang-kadang bila bejalan jaoh, tejadi simpoi bewak kat anak anjin. | [kA.dAN.kA.dAN bi.lA b«.dZA.lAn dZAoh t«.dZA.di sim.poj bE.wA/ kAt A.nA/ An.dZin] | Kadangkala, apabila berjalan jauh, terjadi simpul biawak di perut betis. |
melentang abau | [m«.l«n.tAN A.bAw] | | tidur dalam keadaan melentang. Kebiasaannya bukan atas katil atau dalam bilik tidur tetapi di tempat lain seperti di muka pintu dan lain-lain. | Lepaeh makan nasik, Pak Kasim melentang abau kat serambi. | [l«.pAEh mA.kAn nA.si/ pA/ kA.sim m«.l«n.tAN A.bAw kAt s«.ÒAm.bi] | Selepas makan nasi, Pak Kasim tidur terlentang di serambi. |