Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. hormat (segan, takzim) dgn tatatertib: jangan kurang ~ di hadapannya; 2. baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab: suaranya lembut dan ~; kau memang kasar dan tidak ~; 3. baik perangai dan kelakuannya (tidak cabul atau lacur): perempuan hendak­lah sepanjang masa ~ dr segenap segi; 4. sl berasa segan (takut, gentar, ngeri) akan: tiada hamba peduli dan ~ akan raksasa itu; bukanlah Raja itu besar namanya dan se­gala seteru pun tiada ~ akan dia; bersopan berbudi bahasa, beradab: orang kampung memang ~ kpd orang luar; menyopani 1. berlaku sopan terhadap, menghormati; 2. = mengesopani sl berasa takut (gentar, segan) akan: tiada siapa yg dikesopaninya dan dibilangkannya hanya Belia Raja; menyopankan mendidik (mengajar, me­ngasuh, dll) supaya menjadi sopan, meng­adabkan; kesopanan 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban; ketaksopanan keadaan tidak sopan: nilai­-nilai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 baik budi bahasanya; baik perangai dan tingkah lakunya; beradab: Jika ada tetamu datang, kamu hendaklah sentiasa ~. 2 hormat dan takzim: Tetamu itu disambutnya dgn ramah-tamah lagi ~. bersopan berlaku sopan: Kita hendaklah sentiasa ~. menyopankan menjadikan sopan: Mereka berusaha ~ remaja bermasalah itu. kesopanan keadaan atau hal sopan; tutur kata (tingkah laku dll) yg sopan: Perbuatan mereka sudah melanggar ~ timur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anjunglah Siam patah kemudi,
     Ambil paku lantak di papan;
Diamlah diam tidak berbunyi,
     Lupalah malu bertepuk sopan.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kelolo[k«.l.l]kata adjektiftidak senonoh, kurang sopan; keloloh.Kelolo sunggoh budak tu, depan kita dia buleh kentot.[k«.l.l suN.goh bu.dA/ tu d«.pAn ki.tA di.jA bu.leh k«n.tot]Sungguh kurang sopan budak itu, di hadapan kita pun dia tergamak melepaskan angin.
keloloh[k«.l.lh]kata adjektiftidak senonoh, kurang sopan; kelolo.Kelolo sunggoh budak tu, depan kita dia buleh kentot.[k«.l.lh suN.goh bu.dA/ tu d«.pAn ki.tA di.jA bu.leh k«n.tot]Sungguh kurang sopan budak itu, di hadapan kita pun dia tergamak melepaskan angin.
hoqhaq[h)Ö.hA)Ö]kata adjektifkasar, kurang sopan, tidak tertib; hoq-haq.Budak-budak tu hoqhaq sunggoh depan orang tua pon depa melawak bukan maen.[bu.dA/.bu.dA/ tu h)Ö.hA)Ö suN.goh d«.pAn .ÒAN tu.wA pon dE.pA m«.lA.wA/ bu.kAn mAen]Budak-budak itu kurang sopan sungguh depan orang tua pun mereka bergurau berlebih-lebihan.
hoq-haq[h)Ö.hA)Ö]kata adjektifkasar, kurang sopan, tidak tertib; hoqhaqBudak-budak tu hoq-haq sunggoh depan orang tua pon depa melawak bukan maen.[bu.dA/.bu.dA/ tu h)Ö.hA)Ö suN.goh d«.pAn .ÒAN tu.wA pon dE.pA m«.lA.wA/ bu.kAn mAen]Budak-budak itu kurang sopan sungguh depan orang tua pun mereka bergurau berlebih-lebihan.
betina garet[b«.ti.nA gA.Òet] [b«.ti.nA gA.ret] perempuan (anak-anak gadis) yang berkelakuan kurang sopan (galak dan gatal.Mokalu depan orang, hang janganla dok gelak deraeh sangat, nanti depa kata hang ni betina garet pulak.[mo.kA.lu d«.pAn .ÒAN hAN dZA.NAn.lA do/ g«.lA/ d«.ÒAEh sA.NAt nAn.ti dE.pA kA.tA hAN ni b«.ti.nA gA.Òet pu.lA/]Jika di depan orang, janganlah ketawa kuat sangat, nanti kamu dikatakan perempuan galak.
cempeluam[tS«m.p«.lu.wAm]kata adjektiftidak beradab, kasar dan tidak bersopan, tidak menghormati orang.Aku tak bekenan budak-budak cempeluam tu, orang dok semayang, depa dok maen mutu.[A.ku tA/ b«.k«.nAn bu.dA/.bu.dA/ tS«m.p«.lu.wAm tu .ÒAN do/ s«.mA.jAN dE.pA do/ mAen mu.tu]Aku tidak berkenan dengan budak-budak kurang sopan itu, ketika orang bersembahyang mereka bermotosikal ke sana ke mari.
trejai[tÒ«.dZAj]kata kerjamengeluarkan kata-kata atau pendapat yang agak kasar, cakap ikut sedap mulut, celupar mulut.Tok imam dah bekali-kali bagi nasehat kat budak trejai tu becakap elok siket.[to/ i.mAm dAh b«.kA.li.kA.li bA.gi nA.se.hAt kAt bu.dA/ tÒ«.dZAj tu b«.tSA.kAp E.l/ si.ket]Sudah berkali-kali tuan imam menasihati pemuda yang celupar mulutnya itu supaya bercakap lebih sopan.
merengkam[m«.Ò«N.kAm]kata adjektifberkenaan seseorang yang menyimpan perasaan marah, memendam rasa, kemarahan; merekam I.Dah lama dia dok merekam kat budak tu pasai perangai dia tu tak senonoh sangat.[dAh lA.mA di.jA do/ m«.Ò«N.kAm kAt bu.dA/ tu pA.sAj p«.ÒA.NAj di.jA tu tA/ s«.no.noh sA.NAt]Sudah lama dia memendam rasa marah kepada budak itu kerana perangainya yang sangat tidak sopan.
merekam II[m«.Ò«.kAm]kata adjektifberkenaan seseorang yang menyimpan perasaan marah, memendam rasa, kemarahan; merengkam.Dah lama dia dok merekam kat budak tu pasai perangai dia tu tak senonoh sangat.[dAh lA.mA di.jA do/ m«.Ò«.kAm kAt bu.dA/ tu pA.sAj p«.ÒA.NAj di.jA tu tA/ s«.no.noh sA.NAt]Sudah lama dia memendam rasa marah kepada budak itu kerana perangainya yang sangat tidak sopan.

Kembali ke atas