Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ki/] | تاکيق

Definisi : takik toreh yg agak dalam pd pokok (kulit pokok dll), takuk, gubang: potongan itu tebal-tebal ~nya; takang-~ berbagai-bagai takik; bertakik-takik ada takiknya di beberapa tempat, bertakuk-takuk; menakik 1. melukai sesuatu dgn parang dll, membuat takik (dgn memarang dll), mena­kuk: pohon-pohon getah yg ditakik oleh pengganas dahulu masih baru kelihatan­nya; 2. menoreh kulit kayu utk mengambil getah, menyadap: ~ pokok getah; ~ darah di batu prb, Mn meminta pertolongan kpd orang yg tidak mampu; tertakik menakik atau ditakik dgn tidak sengaja: jika salah-salah ayun, kapak ter­gelincir sasaran dan betis pula yg ~; takikan 1. hasil drpd perbuatan menakik; 2. takuk yg dibuat utk memudahkan orang berpijak, takukan;penakikan 1. perbuatan (kerja) menakik (menakuk), penakukan; 2. perbuatan (kerja) menakik (menoreh, menyadap), penorehan, penyadapan; penakik 1. orang yg menakik (menakuk), penakuk; 2. orang yg menakik (menoreh), penoreh, penyadap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ki/] | تاکيق

Definisi : bekas luka yg tidak berapa dalam pd batang pokok; takuk kecil; gubang. menakik 1 membuat takik pd batang pokok; menakuk: Pengganas-pengganas komunis telah ~ batang-batang getah dlm usaha mereka hendak merosakkan ekonomi Malaya. 2 menoreh kulit kayu utk mengambil getahnya; menoreh; menyadap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takik (kata nama)
Bersinonim dengan takuk, toreh, tukik, rakuk, sufal, tokek, cangap, tubang ketak, gerat;,
Kata Terbitan : bertakik, menakik,


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tiu[ti.ju]kata namatanda daripada batang buluh, kayu kecil, kertas dan lain-lain (berupa garis, simpul, takik dan lain-lain) yang dibuat pada masa menghitung supaya jangan silap. Biasanya untuk menghitung guni padi yang diangkut, gundal.Kalu tiu seratuih bilah, padi pon seratuih guni.[kA.lu ti.ju s«.ÒA.tuih bi.lAh pA.di pon s«.ÒA.tuih gu.ni]Kalau gundal seratus, padi pun seratus guni.

Kembali ke atas