cega | [tSE.gA] | kata adjektif | takut dan khuatir, curiga. | Anak dara tu cega dah nak jalan sorang-sorang waktu malam, pasai dia prenah kena ganggu. | [A.nA/ dA.ÒA tu tSE.gA dAh nA/ dZA.lAn s.ÒAN.s.ÒAN wA/.tu mA.lAm pA.sAj di.jA pÒ«.nAh k«.nA gAN.gu] | Anak gadis itu merasa takut berjalan seorang diri pada waktu malam, kerana dia pernah diganggu. |
gayat | [gA.jAt] | kata adjektif | takut, bimbang atau khuatir tentang ketidakmampuan untuk mengadakan atau melakukan sesuatu, bimbang (kiasan). | Dengan duet hak dok ada, aku rasa gayat nak buat kenuri pangge orang ramai. | [d«.NAn du.wet hA/ do/ A.dA A.ku ÒA.sA gA.jAt nA/ bu.wAt k«.nu.Òi pAN.gE .ÒAN ÒA.mAj] | Dengan wang sebanyak itu, aku berasa bimbang hendak mengadakan kenduri dengan menjemput tetamu yang banyak. |
meloko | [m«.l.k] | kata kerja | berdiam diri sambil menundukkan kepala kerana takut, tidak berani melawan dan sebagainya (biasanya kepada manusia). | Depa tu kat kampong sendiri bukan maen belagak, masok kampong orang meloko saja. | [dE.pA tu kAt kAm.poN s«n.di.Òi bu.kAn mAen b«.lA.gA/ mA.so/ kAm.poN .ÒAN m«.l.k sA.dZA] | Mereka itu hanya berlagak berani di kampung sendiri, tetapi apabila berada di kampung orang, diam pula. |
rokmo | [Ò/.m] | kata nama | bangsal untuk tempat memasak dan tempat berehat atau berteduh dalam sesuatu kenduri. | Budak-budak tak elok dok dekat rokmo takot kena periok panaeh. | [bu.dA/.bu.dA/ tA/ E.l/ do/ d«.kAt Ò/.m tA.kot k«.nA p«.Òi.j/ pA.nAEh] | Kanak-kanak tidak digalakkan berada dekat tempat memasak takut terkena periuk panas. |