tan I | [tAn] | kata nama | kandang, bangsal, tempat sembelihan. | Abang dok pebaek tan nak buboh lembu hak baru dia beli. | [A.bAN do/ p«.bAe/ tAn nA/ bu.boh l«m.bu hA/ bA.Òu di.jA b«.li] | Abang sedang memperbaiki kandang untuk meletakkan lembunya yang baru dibeli. |
tan II | [tAn] | kata kerja | berhasrat, bercita-cita, berkeinginan. | Lama dah dia dok tan nak beli Proton Saga, tapi duet dia tak cukop lagi. | [lA.mA dAh di.jA do/ tAn nA/ b«.li pr.tn sA.gA tA.pi du.wet di.jA tA/ tSu.kop lA.gi] | Sudah lama dia bercita-cita hendak membeli kereta Proton Saga tetapi wangnya belum cukup lagi. |
yong | [joN] | kata kerja | menghalakan, menghalau, menghambat, mengarahkan (binatang ternakan) ke tempat yang dikehendaki (kandang, dan lain-lain). | Petang-petang dia yong semua kambin dia masok kandang. | [p«.tAN.p«.tAN di.jA joN s«.mu.wA kAm.bin di.jA mA.so/ kAn.dAN] | Setiap petang dia menghalau kambingnya masuk ke dalam kandang. |
pukai I | [pu.kAj] | kata kerja | tunai. | Hang kena bayaq cara pukai, tak mau utang-utang. | [hAN k«.nA bA.jA)Ö tSA.ÒA pu.kAj tA/ mAw u.tAN.u.tAN] | Engkau mesti bayar secara tunai, tidak boleh berhutang. |
entang | [En.tAN] | kata kerja | hormat, peduli. | Ada dia entang adek-beradek laki dia mai? | [A.dA di.jA En.tAN A.de/.b«.ÒA.de/ lA.ki di.jA mAj] | Adakah dia peduli saudara mara suaminya datang? |
tang malam | [tAN mA.lAm] | | berkenaan tempoh masa yang lama. | Amboi, dia pi tang malam, pueh aku tunggu. | [Am.boj di.jA pi tAN mA.lAm puEh A.ku tuN.gu] | Amboi, lama benar dia pergi, puas aku menunggunya. |
ketang kedada | [ke.tAN k«.dA.dA] | | memakai kain setakat paras dada, berkemban. | Minah ketang kedada bila nak pi mandi kat telaga. | [mi.nAh ke.tAN k«.dA.dA bi.lA nA/ pi mAn.di kAt t«.lA.gA] | Minah berkemban apabila pergi mandi di telaga. |
tanglaq | [tAN.lA)Ö] | kata kerja | berbuat sesuatu yang sumbang di hadapan orang, tidak senonoh. | Budak tu tanglak sunggoh, dia pi cium budak pompuan tu kat tengah orang ramai. | [bu.dA/ tu tAN.lA)Ö suN.goh di.jA pi tSi.jum bu.dA/ pom.pu.wAn tu kAt t«.NAh .ÒAN ÒA.mAj] | Budak itu berbuat sumbang, dia mencium gadis itu di khalayak ramai. |
tak entang | [tA/ En.tAN] | | tak peduli, tidak hormat, tidak endah. | Awat hang tak entang kat pak hang langsong, dia dok tidoq hang buka radio kuat-kuat. | [A.wAt hAN tA/ En.tAN kAt pA/ hAN lAN.soN di.jA do/ ti.dâÖ hAN bu.kA rE.di.jo ku.wAt.ku.wAt] | Mengapa kamu tidak menghormati bapa kamu langsung, dia sedang tidur, kamu memasang radio begitu kuat. |
melentang abau | [m«.l«n.tAN A.bAw] | | tidur dalam keadaan melentang. Kebiasaannya bukan atas katil atau dalam bilik tidur tetapi di tempat lain seperti di muka pintu dan lain-lain. | Lepaeh makan nasik, Pak Kasim melentang abau kat serambi. | [l«.pAEh mA.kAn nA.si/ pA/ kA.sim m«.l«n.tAN A.bAw kAt s«.ÒAm.bi] | Selepas makan nasi, Pak Kasim tidur terlentang di serambi. |