Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tém.ba/] | تيمبق

Definisi : (témbak) Mn tuju, arah, maksud;menembak 1. mengarahkan kpd, memak­sud­kan, menuju; 2. ki menyambar (petir). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.ba/] | تيمبق

Definisi : (témbak) ; ~ gawar bedilan yg dilepaskan ke udara (sbg amaran); hukum ~ hukum bunuh dgn cara dibedil; kena ~ kena bedilan dgn senjata api; ~ yg beralamat, tujuan yg bermaksud prb tiap-tiap perbuatan ada maksudnya; bertembak-tembakan berbalas tembak, saling membedil: maka berperanglah Seri Udara dgn Peringgi terlalulah ramai bunyi­nya ~, bunyi meriam spt halilintar mem­belah; menembak 1. melepaskan bedilan dgn senjata api (senapang, pistol, dll), melepaskan bedilan ke arah (seseorang atau sesuatu), membedil: seorang pun tidak berani ~ harimau yg ganas itu; 2. Id menyepak bola ke arah gol (dlm permainan bola sepak); 3. ki berbuat bohong, membohongi; ~ jatuh menembak sesuatu (spt kapal terbang dll) dan menyebabkannya jatuh (terhempas dsb); ~ mati menembak dan menyebabkannya mati; tembak-menembak saling menembak, ber-tembak-tembakan: menghentikan ~; menembaki menembak beberapa kali (pd), sering kali menembak pd; menembakkan 1. melepaskan peluru senjata api, menembak dgn: kapal-kapal terbang itu telah ~ roket ke atas askar musuh; 2. menen-dang bola ke arah gol; tertembak ditembak, kena tembak: dlm per-tempuran itu seorang mata-mata telah ~ mati; tembakan hasil menembak, letusan senjata api dll: kami telah terbangun kerana ada ~; penembakan perbuatan menembak: laporan mengenai ~ di masjid al-Aqsa pd bulan April ini memberi bukti lanjut kpd pelaporan yg berat sebelah; penembak 1. orang yg menembak; 2. alat (senjata) utk menembak; ~ curi orang yg menembak musuhnya secara sembunyi-sembunyi atau dr tempat yg terselindung, biasanya dr jarak yg agak jauh; ~ tepat orang yg cekap menembak sesuatu sasarannya dgn tepat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.ba/] | تيمبق

Definisi : /témbak/; ~ gawar bedilan yg dilepaskan ke udara sbg amaran. hukum ~ hukum mati dgn dibedil. kena ~ kena bedilan senjata api. bertembak-tembakan berbalas-ba­­las tembak; saling membedil. me­nembak melepaskan peluru dll dgn senjata api; membedil: Di samping berkawad, mereka diajar ~ juga. Polis telah ~ perompak itu. menembakkan melepaskan peluru senjata api dsb; menembak dgn: ~ roket ke kubu musuh. tembak-menembak kejadian bertembak-tembakan: Maka berlakulah ~ antara kedua-dua pihak. tertembak kena bedilan senjata api dsb; kena tembak: Dlm pertempuran itu, seorang pengganas telah ~ mati. tembakan 1 hasil drpd menembak: Mereka segera membalas ~ musuh. 2 bunyi letusan senjata api: ~ itu terdengar sampai ke sini. penembakan perbuatan atau hal menembak. penembak 1 orang yg menembak. 2 alat utk menembak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembak
Kata Terbitan : bertembak-tembakan, menembak, tembakan, penembakan, penembak,

Puisi
 

Berdentum bedil Melayu,
     Nak tembak talam tembaga;
Datuk Bandar bukalah pintu,
     Anak dagang nak masuk berniaga.


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lekaq[l«.kA)Ö]kata adjektifpakar dan cekap (menembak, membaling dan sebagainya).Pemburu tu lekaq sunggoh, tembak saja mesti kena.[p«m.bu.Òu tu l«.kA)Ö suN.goh tEm.bA/ sA.dZA m«s.ti k«.nA]Pemburu itu memang cekap, setiap kali menembak mesti kena sasarannya.
cenggeng[tSEN.gEN]kata kerjalari dengan kaki sebelah (kerana sebelah lagi telah cedera), terjengket-jengket.Kawaq hak kena tembak kaki tu lari cenggeng-cenggeng masok dalam utan.[kA.wAâÖ hA/ k«.nA tEm.bA/ kA.ki tu lA.Òi tSEN.gEN.tSEN.gEN mA.so/ dA.lAm u.tAn]Pencuri yang ditembak itu lari terjengket-jengket masuk ke dalam hutan.
   2. menenang, mengarahkan (senapang dan lain-lain) ketika hendak menembak dengan setepat-tepatnya ke sasaran, bidik; perembang.Hang kena banah betoi-betoi masa hang nak tembak.[hAN k«.nA bA.nAh b«.toj.b«.toj mA.sA hAN nA/ tEm.bA/]Kamu mesti tenang betul-betul semasa hendak menembak.

Kembali ke atas