seregum | [s«.Ò«.gum] | kata adjektif | tidak teratur, kusut-masai (tentang rambut yang banyak). | Budak-budak muzik tu tak sikat rambot depa bagi seregum. | [bu.dAk.bu.dA/ mu.zi/ tu tA/ si.kAt ÒAm.bot dE.pA bA.gi s«.Ò«.gum] | Pemain-pemain muzik itu tidak menyisir atau mendandan rambut sebaliknya dibiarkan kelihatan kusut-masai. |
celup-celap | [tS«.lup.tS«.lAp] | kata adjektif | tidak tertib, tidak teratur, tidak tentu dahulu dan kemudiannya. | Semua kreja dia sorang nak buat, celup-celap sana, celup-celap sini, lagu mana nak semprena? | [s«.mu.wA kÒ«.dZA di.jA s.ÒAN nA/ bu.wAt tS«.lup.tS«.lAp sA.nA tS«.lup.tS«.lAp si.ni lA.gu mA.nA nA/ s«m.pÒ«.nA] | Semua kerja hendak dibuatnya sendiri, sedikit sana, sedikit sini, bagaimana hendak sempurna? |
beselerak bak | [b«.s«.lE.ÒA/ bA/] | | berselerak merata-rata, tidak bersusun dan tidak teratur; beselerak tarak. | Dalam opeh tu surat habaq beselerak bak ataeh lantai. | [dA.lAm o.peh tu su.ÒAt hA.bAâÖ b«.s«.lE.ÒA/ bA/ A.tAEh lAn.tAj] | Dalam pejabat itu surat khabar berselerakan di atas lantai. |
beselerak tarak | [b«.s«.lE.ÒA/ tA.ÒA/] | | berselerak merata-rata, tidak bersusun dan tidak teratur; beselerak bak. | Dalam opeh tu surat habaq beselerak tarak ataeh lantai. | [dA.lAm o.peh tu su.ÒAt hA.bAâÖ b«.s«.lE.ÒA/ tA.ÒA/ A.tAEh lAn.tAj] | Dalam pejabat itu surat khabar berselerakan di atas lantai. |
celepete | [tSE.lE.pE.tE] | kata adjektif | berkenaan gaya berjalan yang terhuyung-hayang, merewang dan tidak tetap atau tidak teratur langkahnya, (seperti kanak-kanak yang baru belajar berjalan atau bertatih, mabuk dan lain-lain). | Baru kena sekoleh, jalan pon celepete. | [bA.Òu k«.nA s«.k.lEh dZA.lAn pon tSE.lE.pE.tE] | Baru minum sekoleh tuak, jalannya pun terhuyung-hayang. |