rait | [ÒAit] | kata nama | cangkuk yang terdapat pada hujung mata kail, panah, sauh. | Payah nak buang kael mokalu rait dia tesangkot kat insang ikan. | [pA.jAh nA/ bu.wAN kAel m.kA.lu ÒAit di.jA t«.sAN.kot kAt in.sAN i.kAn] | Sukar untuk mengeluarkan mata kail jika cangkuknya terlekat pada insang ikan. |
| | | 2. goh, ponok, kelasa, bonggol yang terdapat di atas leher lembu. | | | |
bandaq ayaq | [bAn.dAâÖ A.jAâÖ] | | saliran air yang terdapat di antara sawah dan sungai, tali air kecil. | Bendang aku dah dua hari kerin, depa katop bandaq ayaq kat ataeh nu. | [b«n.dAN A.ku dAh du.wA hA.Òi k«.Òin dE.pA kA.top bAn.dAâÖ A.jAâÖ kAt A.tAEh nu] | Sawah aku sudah dua hari kering kerana mereka menutup saliran air di sebelah atas sana. |
kelepek | [k«.lE.pE/] | kata nama | sejenis serangga yang kecil daripada lipas, (biasanya terdapat di dalam tanah gembur di bawah rumah). | | | |
buah pinang | [bu.wAh pi.nAN] | | roda yang dibuat daripada tanduk dan mempunyai dua lubang, terdapat di bahagian atas jala, dan berfungsi memudahkan penebar jala mengendalikan jalanya sewaktu tebaran dibuat. | Ikan masok jala banyak sangat sampai pecah buah pinang. | [i.kAn mA.so/ dZA.lA bA.øA/ sA.NAt sAm.pAj p«.tSAh bu.wAh pi.nAN] | Ikan yang masuk ke dalam jala terlalu banyak sehingga pecah buah pinang jala itu. |
ketibat | [k«.ti.bAt] | kata nama | sejenis serangga (seperti tuma, tungau) yang menggigit pada kulit manusia atau haiwan. Biasanya terdapat di pokok. | | | |
banat | [bA.nAt] | kata nama | pedalaman, hulu, udik. | La ni dekat banat pon ada pili dengan karan. | [lA ni d«.kAt bA.nAt pon A.dA pi.li d«.NAn kA.rAn] | Sekarang di kawasan pedalaman pun terdapat air paip dan elektrik. |