Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.rat] | ترکرت

Definisi : terpotong (kayu, jari, dll), terpeng­gal (kepala), terhenti (percakapan, perbual­an) kerana sesuatu gangguan: banyak panglimanya mati ~ kepala mereka; percakapan mereka ~ oleh keriuhan di luar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.rat] | ترکرت

Definisi : terpotong; terpenggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerat (kata kerja)
Bersinonim dengan penggal, potong, pancung, hiris, kabung, sayat;,
Kata Terbitan : mengerat, terkerat, keratan,

Puisi
 

Kembang indah menawan hati,
     Sayang terkerat di tengah hari;
Cinta itu laksana api,
     Tersalah hemat membakar diri.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
dongol[d.Nl]kata adjektifberkenaan ekor, kaki, tangan dan sebagai yang terkerat, terpotong atau kudung pada hujung; dongoi.Sapa gamaknya tetak lembu tu sampai dongoi habeh ekoq dia?[sA.pA gA.mA/.øA t«.tA/ l«m.bu tu sAm.pAj d.Nl hA.beh E.kâÖ di.jA]Siapa agaknya yang tergamak menetak lembu itu hingga kudung ekornya?
dongoi[d.Nj]kata adjektifberkenaan ekor, kaki, tangan dan sebagai yang terkerat, terpotong atau kudung pada hujung; dongol.Sapa gamaknya tetak lembu tu sampai dongoi habeh ekoq dia?[sA.pA gA.mA/.øA t«.tA/ l«m.bu tu sAm.pAj d.Nj hA.beh E.kâÖ di.jA]Siapa agaknya yang tergamak menetak lembu itu hingga ekornya?

Kembali ke atas