Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.but] | ترسبوت

Definisi : 1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.se.but] | ترسبوت

Definisi : pernah disebut; telah disebut: Surat ~ telah saya terima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersebut

Puisi
 

Tenang-tenang air di laut,
     Sampan kolek hanyut ke tanjung;
Budi terkenang mulut tersebut,
     Budi baik rasa nak junjung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sehabis kelahi teringat silat.

Bermaksud :

Setelah pekerjaan selesai baru teringat akan apa-apa yang baik untuk mengerjakan pekerjaan tersebut.

 

Lihat selanjutnya...(3)

461

Nobody is perfect

Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya.

Rumah mana yang tidak bersampah

She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but nobody is perfect. Everybody has his or her faults. Stop criticizing her.

Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi rumah mana yang tidak bersampah. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(51)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
inaeh[i.nAEh]kata namabuluh kecil yang diletakkan di kedua-dua hujung daun ibus pendengung wau untuk mencekangkan daun tersebut supaya boleh mengeluarkan dengungnya apabila bersentuhan dengan angin.Batang buloh cina buleh buat inaeh wau merak.[bA.tAN bu.loh tSi.nA bu.leh bu.wAt i.nAEh wAw m«.ÒA/]Batang buluh cina boleh dibuat inas dengung wau merak.
peruwap[p«.Òu.wAp]kata kerjameletakkan sesuatu (berkenaan ubi, kacang, bunga, ulam dan lain-lain) di atas nasi yang hampir masak dalam periuk untuk melembutkan bahan tersebut.Tulong peruwap sat terong ni, kita nak buat ulam makan nasik sat lagi.[tu.loN p«.Òu.wAp sAt t«.ÒoN ni ki.tA nA/ bu.wAt u.lAm mA.kAn nA.si/ sAt lA.gi]Tolong peruwap terung ini untuk kita jadikan ulam masa makan nasi sebentar lagi.
redak I[Ò«.dA/]kata namahabuk, butir-butir kecil.Hang jangan maen tang tu pasai banyak redak kat situ.[hAN dZA.NAn mAen tAN tu pA.sAj bA.øA/ Ò«.dA/ kAt si.tu]Engkau jangan bermain-main di situ kerana tempat tersebut banyak habuk.
   2. alur, jalan air, tali air atau anak sungai.Depa pasang bubu dalam celong dapat ikan banyak.[dE.pA pA.sAN bu.bu dA.lAm tS«.loN dA.pAt i.kAn bA.øA/]Mereka mendapat banyak ikan kerana bubu yang dipasang pada anak sungai tersebut banyak dimasuki ikan.
nahi-nahi[nA.hi.nA.hi]kata adjektifhampir-hampir, nyaris.Kereta dia nahi-nahi masok paret kalu lori tu tak elak.[k«.ÒE.tA di.jA nA.hi.nA.hi mA.so/ pA.Òet kA.lu l.Òi tu tA/ E.lA/]Keretanya hampir-hampir jatuh ke dalam parit kalau lori tersebut tidak mengelak.
meronot[m«.ҍ.nt]kata kerjamenyusup dengan merangkak (seperti bergerak di bawah rumah yang rendah).Bila nampak tuan kebon tu mai kawaq tu pon lari meronot bawah pagaq.[bi.lA nAm.pA/ tu.wAn k«.bon tu mAj kA.wA)Ö tu pon lA.Òi m«.ҍ.nt bA.wAh pA.gA)Ö].Apabila ternampak tuan kebun itu datang, pencuri tersebut terus lari.
gendang raya[g«n.dAN ÒA.jA] beduk.Bila dengaq besok hari raya, budak-budak tu teruih taboh gendang raya kat masjed.[bi.lA d«.NAâÖ bE.s/ hA.Òi ÒA.jA bu.dA/.bu.dA/ tu t«.Òuih tA.boh g«n.dAN ÒA.jA kAt mAs.dZed]Apabila mendapat tahu bahawa besok hari raya, budak-budak tersebut terus memukul beduk di masjid.
capong[tSA.poN]kata adjektifberkenaan kain, langsir dan lain-lain yang senteng atau singkat kerana tidak menepati ukuran.Melah tu memang renjong, bila pakai kaen adek dia, kaen jadi capong, pasai adek dia pendek-pendek belaka.[m«.lAh tu mE.mAN ÒEn.dZN bi.lA pA.kAj kAen A.de/ di.jA kAen dZA.di tSA.poN pA.sAj A.de/ di.jA pEn.dE/.pEn.dE/ b«.lA.kA]Melah sememangnya tinggi, apabila dia memakai kain adiknya, kain tersebut kelihatan senteng kerana adiknya pendek-pendek belaka.

Kembali ke atas