Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sing.gung] | ترسيڠݢوڠ

Definisi : 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.sing.gung] | ترسيڠݢوڠ

Definisi : 1 terkena sedikit; tersentuh. 2 disakiti ha­tinya: Dia mudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singgung
Kata Terbitan : bersinggungan, menyinggung, tersinggung,

Puisi
 

Burung perling matanya merah,
     Hendak memakan tempulur labu;
Sahabat menghilang nampak marah,
     Tersinggung kawan dalam kalbu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mudah terbelingut bagai pisau belik.

Bermaksud :

Mudah tersinggung dan berkecil hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Mudah bengkok bagai parang timah). terbelingut = terpelecok; belik = tin, timah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cerodong[tS«.ҍ.dN]kata adjektifbelum matang (remaja) fikiran dan perlakuannya (misalnya bertindak tanpa berfikir panjang).Hang tok sah dok ambek ati apa hak budak tu kata kat hang, pasai dia tu cerodong lagi.[hAN to/ sAh do/ Am.be/ A.ti A.pA hA/ bu.dA/ tu kA.tA kAt hAN pA.sAj di.jA tu tS«.ҍ.dN lA.gi]Tidak usahlah awak berasa tersinggung dengan kata-katanya, kerana budak itu masih mentah lagi.

Kembali ke atas