meloko | [m«.l.k] | kata kerja | berdiam diri sambil menundukkan kepala kerana takut, tidak berani melawan dan sebagainya (biasanya kepada manusia). | Depa tu kat kampong sendiri bukan maen belagak, masok kampong orang meloko saja. | [dE.pA tu kAt kAm.poN s«n.di.Òi bu.kAn mAen b«.lA.gA/ mA.so/ kAm.poN .ÒAN m«.l.k sA.dZA] | Mereka itu hanya berlagak berani di kampung sendiri, tetapi apabila berada di kampung orang, diam pula. |
ben | [bEn] | kata adjektif | berkenaan muka yang masam, masyghul. | Aku tak berani hampiaq bila tengok muka dia ben macam tu. | [A.ku tA/ b«.ÒA.ni hAm.pi.jAâÖ bi.lA tE.N/ mu.kA di.jA bEn mA.tSAm tu] | Aku tidak berani menghampirinya bila melihat mukanya masam begitu. |
don | [dn] | kata adjektif | berkenaan muka masam seperti berada dalam keadaan yang tegang, marah, merajuk; com. | Kami tak berani pi dekat pak, nampak muka dia don saja. | [kA.mi tA/ b«.ÒA.ni pi d«.kAt pA/ nAm.pA/ mu.kA di.jA dn sA.dZA] | Kami tidak berani mendekati bapa yang sedang bermuka masam itu. |