hoya | [ho.jA] | kata kerja | membuat bising, berpeleseran, merambu tanpa tujuan, berfoya-foya. | Budak-budak muda tu tau seronok saja, depa dok hoya sana sini, bukan tau nak tolong mak pak depa. | [bu.dAk.bu.dA/ mu.dA tu tAw s«.Ò.n/ sA.dZA dE.pA do/ ho.jA sA.nA si.ni bu.kAn tAw nA/ tu.loN mA/ pA/ dE.pA] | Anak-anak muda itu hanya suka berseronok sahaja, mereka merambu ke sana ke mari, tidak ingin hendak menolong ibu bapa mereka. |
cekoq | [tS«.kâÖ] | kata kerja | menarik urat merih supaya cekang masa dilakukan penyembelihan (kerbau, lembu dan lain-lain) caranya dengan mendongakkan kepala ternakan ke atas. | Masa aku semeleh satni hang tolong cekoq. | [mA.sA A.ku s«.m«.lEh sAt.ni hAN tu.loN tS«.kâÖ] | Semasa aku menyembelih nanti, engkau tolonglah tarik leher supaya kepalanya mendongak ke atas. |
banah | [bA.nAh] | kata kerja | 1. mengangkat sesuatu yang berat atau meninggikan sesuatu seperti rumah, jelapang dan lain-lain dengan menggunakan pengungkil atau tuas; ganteh II. | Tulong mai ramai-ramai, aku nak banah rumah, petang ni. | [tu.loN mAj ÒA.mAj.ÒA.mAj A.ku nA/ bA.nAh Òu.mAh p«.tAN ni] | Tolong datang ramai-ramai kerana aku hendak mengangkat rumah pada petang ini. |
selerah | [s«.lE.ÒAh] | kata kerja | selesai atau sempurna siap (tentang kerja). | Bila dah abeh selerah kreja hang kat situ, mai la sini tulong sepa pulak. | [bi.lA dAh A.beh s«.lE.ÒAh kÒ«.dZA hAN kAt si.tu mAj lA si.ni tu.loN sE.pA pu.lA/] | Bila sudah selesai kerja engkau di situ, marilah tolong kami pula di sini. |
peruwap | [p«.Òu.wAp] | kata kerja | meletakkan sesuatu (berkenaan ubi, kacang, bunga, ulam dan lain-lain) di atas nasi yang hampir masak dalam periuk untuk melembutkan bahan tersebut. | Tulong peruwap sat terong ni, kita nak buat ulam makan nasik sat lagi. | [tu.loN p«.Òu.wAp sAt t«.ÒoN ni ki.tA nA/ bu.wAt u.lAm mA.kAn nA.si/ sAt lA.gi] | Tolong peruwap terung ini untuk kita jadikan ulam masa makan nasi sebentar lagi. |