Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.gal] | توݢل

Definisi : batang kayu dll yg tajam hujungnya utk melubangi tanah utk ditanami (padi dll); padi ~ padi yg ditanam di tanah kering, padi huma; menugal membuat lubang dgn tugal di ladang dll (utk menanam padi, jagung, dll): setelah siap membakar kira-kira dua minggu mulai­lah ~; asal ditugal adalah benih prb sesuatu usaha itu tentu ada hasilnya; menugalkan menanamkan benih padi (jagung dll) dgn menggunakan tugal: demikian cara orang ~ bibit padi ladang; tugalan = padi ~ padi yg ditanam dgn cara menugal; tukai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.gal] | توݢل

Definisi : batang kayu dll yg tajam hujung­nya utk membuat lubang di tanah yg akan ditanami padi dll: padi ~ padi yg ditanam di tanah kering; padi huma. menugal membuat lubang dgn tugal di tanah kering utk menanam padi, jagung dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tugal


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tukai[tu.kAj]kata namabatang kayu yang tajam hujungnya untuk melubangi tanah untuk ditanam (padi, jagung dan lain-lain), tugal.Ayah dok cari kayu nak buat tukal pasai dia nak tanam jagong.[A.jAh do/ tSA.Òi kA.ju nA/ bu.wAt tu.kAj pA.sAj di.jA nA/ tA.nAm dZA.goN]Ayah sedang mencari kayu untuk dijadikan tugal, kerana hendak menanam jagung.
cekam[tS«.kAm]kata namaalat menanam padi yang dibuat daripada buluh yang digunakan di sawah, (tugal ialah alat untuk menanam padi huma).Kalu pakai cekam, tiap-tiap taon kena buat baru, kuku kambin tahan sampai bila-bila.[kA.lu pA.kAj tS«.kAm ti.jAp.ti.jAp tAon k«.nA bu.wAt bA.Òu ku.ku kAm.bin tA.hAn sAm.pAj bi.lA.bi.lA]Kuku kambing yang diperbuat daripada besi lebih tahan lama jika dibandingkan dengan cekam.

Kembali ke atas