ahia | [A.hi.jAâ] | kata adjektif | tegas dan tidak mudah mengalah (terhadap sesuatu keputusan atau pegangan yang diambil), keras hati. | Hang tok sah dok ajak diala, saheh dia tak mau pi pasai hati dia ahia. | [hAN to/ sAh do/ A.dZA/ di.jA.lA sA.hEh di.jA tA/ mAw pi ] | Tak usahlah kamu ajak, dia tetap tidak akan pergi kerana keras hatinya. |
hapraq | [hAp.rAâÖ] | kata adjektif | berkenaan dengan perangai seseorang yang jahat dan tidak berguna dalam masyarakat, jahat, buas, tidak senonoh; haperak. | Selagi hang dok buat perangai hapraq tok sah dok harap, nak jadi menantu orang. | [s«.lA.gi hAN do/ bu.wAt p«.ÒA.NAj hAp.rAâÖ to/ sAh do/ hA.ÒAp nA/ dZA.di m«.nAn.tu .ÒAN] | Selagi engkau berperangai jahat dan tidak senonoh, usahlah diharapkan hendak menjadi menantu orang. |
haperaq | [hA.p«.rAâÖ] | kata adjektif | berkenaan dengan perangai seseorang yang jahat dan tidak berguna dalam masyarakat, jahat, buas, tidak senonoh; haprak. | Selagi hang dok buat perangai haperaq tok sah dok harap, nak jadi menantu orang. | [s«.lA.gi hAN do/ bu.wAt p«.ÒA.NAj hA.p«.rAâÖ to/ sAh do/ hA.ÒAp nA/ dZA.di m«.nAn.tu .ÒAN] | Selagi engkau berperangai jahat dan tidak senonoh, usahlah diharapkan hendak menjadi menantu orang. |
cerodong | [tS«.Ò.dN] | kata adjektif | belum matang (remaja) fikiran dan perlakuannya (misalnya bertindak tanpa berfikir panjang). | Hang tok sah dok ambek ati apa hak budak tu kata kat hang, pasai dia tu cerodong lagi. | [hAN to/ sAh do/ Am.be/ A.ti A.pA hA/ bu.dA/ tu kA.tA kAt hAN pA.sAj di.jA tu tS«.Ò.dN lA.gi] | Tidak usahlah awak berasa tersinggung dengan kata-katanya, kerana budak itu masih mentah lagi. |
buyong | [bu.joN] | kata nama | hari keempat selepas esok (esok, lusa, tulat, tubin, buyung). | Hang tok sah dok tunggula, isok, lusa, tulat, tubin, buyong pon dia tak mai bayaq utang hang. | [hAN to/ sAh do/ tuN.gu.lA i.so/ lu.sA tu.lAt tu.bin bu.joN pon di.jA tA/ mAj bA.jAâÖ u.tAN hAN] | Tidak usahlah ditunggu sehingga empat lima hari, dia tidak akan membayar hutang awak. |
bahari | [bA.hA.Òi] | kata nama | pelawak. | Hang toksahla pi dok jadi bahari hiboq hati orang, pi la hiboq hati anak bini hang bagi cukop makan pakai depa. | [hAN to/.sAh.lA pi do/ dZA.di bA.hA.Òi hi.bâÖ hA.ti .ÒAN pi lA hi.bâÖ hA.ti A.nA/ bi.ni hAN bAgi tSu.kop mA.kAn pA.kAj dE.pA] | Tidak usahlah awak menjadi pelawak menghiburkan hati orang, pergilah hiburkan hati anak isteri awak, supaya cukup makan pakai mereka. |