Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wan] | وان

Definisi : 1. gelaran utk suatu bangsawan Melayu: W~ Andak; W~ Empuk; W~ Malini; 2. Pr panggilan utk ibu saudara; 3. Ph, NS panggilan utk nenek perempuan; 4. Kd panggilan utk datuk lelaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wan] | وان

Definisi : 1 gelaran utk orang dr keturunan bangsawan. 2 panggilan utk nenek perempuan (terutama di Negeri Sembilan dan Pahang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wan

Puisi
 

Siti Wan Kembang perintah Kelantan,
     Nama termasyhur zaman dahulu;
Baik-baik memilih intan,
     Takut terkena kaca dan batu.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
wan[wAn]kata kerjaarahan atau isyarat kepada penarik langca untuk masuk ke persimpangan yang terdekat.Bila dia kata ‘wan’ Cina lanca tu pon belok masuk rumah dia.[bi.lA di.jA kA.tA wAn tSi.nA lAn.tSA pon bE.l/ mA.so/ Òu.mAh di.jA]Apabila disebutnya ‘wan’, penarik lanca itupun membelok masuk ke rumahnya.
tok wan[to/ wAn] bapa kepada bapa atau bapa kepada ibu seseorang, datuk; tok cai.Ambek kopiah tok wan kita nak pi kedai nak beli beraeh tok hang nak masak.[Am.be/ ko.pi.jAh to/ wAn ki.tA nA/ pi k«.dAj nA/ b«.li b«.ÒAEh to/ hAN nA/ mA.sA/]Ambil songkok tokwan, kita hendak pergi ke kedai membeli beras supaya nenekmu dapat memasak nasi.
kuang-kuit[ku.wAN.ku.wit]kata kerjabergerak-gerak (anak kecil, bayi).Anak Maznah tengah dok kuang-kuit-kuang-kuit dalam ndoi.[A.nA/ mAz.nAh t«.NAh do/ ku.wAN.ku.wit.ku.wAN.ku.wit dA.lAm ndoj]Anak Maznah kelihatan sedang bergerak-gerak di dalam huaian.
tok cai[to/ tSAj] bapa kepada bapa atau bapa kepada ibu seseorang, datuk; tok wan.Ambek kopiah tok wan kita nak pi kedai nak beli beraeh tok hang nak masak.[Am.be/ ko.pi.jAh to/ tSAj ki.tA nA/ pi k«.dAj nA/ b«.li b«.ÒAEh to/ hAN nA/ mA.sA/]Ambil songkok tokwan, kita hendak pergi ke kedai membeli beras supaya nenekmu dapat memasak nasi.
jemuan[dZ«.mu.wAn]kata adjektifberkenaan kanak kanak yang sangat nakal (kiasan).Budak tu jemuan sunggoh tak buleh orang lepa sikit duet pecah pon dia kebaeh.[bu.dA/ tu dZ«.mu.wAn suN.goh tA/ bu.leh .ÒAN l«.pA si.kit du.wet p«.tSAh pon di.jA k«.bAEh]Budak itu sangat nakal, pantang orang leka sedikit, duit syiling pun dikebasnya.
wangwing[wAN.wiN]kata kerjamelilau, ke hulu ke hilir, berjalan mundar-mandir tanpa tujuan.Budak-budak lepak tu suka dok wangwing kat stesyen baeh.[bu.dAk.bu.dA/ lE.pA/ tu su.kA do/ wAN.wiN kAt stE.SEn bAEh]Remaja yang melepak itu sering mundar-mandir di stesen bas.
tebalek kuang[t«.bA.le/ ku.wAN] berlaku sebaliknya.Dah tebalek kuang pulak, mula dia buat kreja tu, aleh-aleh aku pulak yang kena buat.[dAh t«.bA.le/ ku.wAN pu.lA/ mu.lA di.jA bu.wAt kÒ«.dZA tu A.leh.A.leh A.ku pu.lA/ jAN k«.nA bu.wAt]Sudah lain pula jadinya, asalnya dia yang hendak mengerjakannya, tiba-tiba aku pula yang terpaksa membuatnya.
ruat[Òu.wAt]kata adjektif1. mampu, upaya, berdaya, mampu, boleh, larat.Tok wan dah tua, mana nak ruat jalan jaoh.[to/ wAn dAh tu.wA mA.nA nA/ Òu.wAt dZA.lAn dZAoh]Datuk sudah tua, masakan mampu berjalan jauh.
merewang[m«.ÒE.wAN]kata adjektiftidak tepat menuju sasaran, terbabas, melilau.Dia tendang tak masok gol, pasai dia sepak merewang.[di.jA t«n.dAN tA/ mA.so/ gol pA.sAj di.jA sE.pA/ m«.ÒE.wAN]Tendangannya tidak masuk gol, kerana sepakannya melencong.
gagah[gA.gAh]kata kerjamencuba, berikhtiar dalam keadaan tidak berupaya, menggagahi.Tok wan tak larat jalan dah, tapi dia gagah jugak pi masjed.[to/ wAn tA/ lA.ÒAt dZA.lAn dAh tA.pi di.jA gA.gAh dZu.gA/ pi mAs.dZed]Datuk kurang berdaya namun dia mencuba juga berjalan ke masjid.
123456

Kembali ke atas