[war.ga.ne.ga.ra] | ورݢانݢارا
Definisi : rakyat sesebuah negara (yg terdiri drpd penduduk asli tempatan ataupun orang asing yg telah diterima menjadi rakyat mengikut undang-undang): ~ Malaysia; mewarganegarakan menjadikan warganegara; kewarganegaraan perihal warganegara, kerakyatan sesebuah negara: tidak seorang pun boleh dilucuti ~nya secara sewenangwenang; pewarganegaraan perihal mewarganegarakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[war.ga.ne.ga.ra] | ورݢانݢارا
Definisi : penduduk sesebuah negara yg terdiri drpd penduduk asli tempatan dan juga orang asing yg diterima menjadi rakyat mengikut undang-undang; rakyat: ~ Malaysia. mewarganegarakan 1 menjadikan dipegang atau disandang oleh warganegara (bkn sesuatu jawatan). 2 menjadikan sbg warganegara. kewarganegaraan kerakyatan sesebuah negara: Kerana kesalahannya itu, maka ~nya telah dilucutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)