caq | [tSAâÖ] | kata nama | 1. panggilan dan gelaran kepada ahli keluarga yang tertua atau yang sulung dalam susunan sesuatu keluarga, abang yang sulung (bang caq), kakak yang sulung (kak caq), datuk yang sulung (tok caq). | Lembu jantan ada caq kat ataeh tengkok dia. | [l«m.bu dZAn.tAn A.dA tSAâÖ kAt A.tAeh t«N.ko/ di.jA] | Lembu jantan mempunyai ponok di atas tengkuknya. |
cek | [tSe/] | kata nama | saya, aku (bahasa sapaan yang digunakan oleh orang yang lebih muda kepada yang lebih tua) dalam suasana manja atau mesra. | Cek tak mau pi dengan pak tengok Pesta Langkawi. | [tSe/ tA/ mAw pi d«.NAn pA/ tE.N/ pEs.tA lAN.kA.wi] | Saya tidak mahu pergi dengan ayah ke Pesta Langkawi. |
manja | [mAn.dZA] | kata nama | ranjang yang dibuat daripada kayu yang lantainya dibuat daripada tali guni yang dianyam, biasanya digunakan oleh orang Sikh untuk tidur atau istirahat; capoi II. | Seng tu dok pebaek capoi tempat tidoq dia hak putuih semalam. | [seN tu do/ p«.bAe/ mAn.dZA t«m.pAt ti.dâÖ di.jA hA/ pu.tuih s«.mA.lAm] | Singh itu sedang memperbaiki capoi tempat tidurnya yang putus semalam. |
capoi I | [tSA.poj] | kata nama | ranjang yang dibuat daripada kayu yang lantainya dibuat daripada tali guni yang dianyam, biasanya digunakan oleh orang Sikh untuk tidur atau istirahat; manja. | Seng tu dok pebaek capoi tempat tidoq dia hak putuih semalam. | [seN tu do/ p«.bAe/ tSA.poj t«m.pAt ti.dâÖ di.jA hA/ pu.tuih s«.mA.lAm] | Singh itu sedang memperbaiki capoi tempat tidurnya yang putus semalam. |
genjoq | [g«n.dZâÖ] | kata adjektif | berkenaan pakaian dan lain-lain yang dibasuh yang berubah menjadi bertambah luas atau bertambah panjang daripada ukuran asal. | Kalu kaen koman, sekali basoh dengan mesen genjoqla dia. | [kA.lu kAen ko.mAn s«.kA.li bA.soh d«.NAn me.sen g«n.dZâÖ.lA di.jA] | Kalau kain tidak bermutu, apabila dibasuh dengan mesin, berubahlah saiznya. |
nasik tangaeh | [nA.si/ tA.NAEh] | | perbuatan isteri yang jahat untuk membodohkan suaminya dengan cara memperbomohkan melalui nasi yang bercampur najis. Nasi yang dibubuh kotoran najis dengan jampi serapah itu diberi makan kepada suami agar menurut kata, tidak melawan malah menjadi seolah- | Bini deraka hak bagi laki dia makan nasik tangas tentu jadi isi neraka. | [bi.ni d«.ÒA.kA hA/ bA.gi lA.ki di.jA mA.kAn nA.si/ tA.NAEh t«n.tu dZA.di i.si n«.ÒA.kA] | Isteri durhaka yang memberi suaminya makan nasi tangas tentu akan menjadi isi neraka. |
bunga pudak | [bu.NA pu.dA/] | | sejenis kuih kering digoreng yang dibuat daripada tepung beras yang didadarkan nipis-nipis, yang mengandungi inti kelapa parut dan gula (biasanya berwarna merah). | | | |
cekam | [tS«.kAm] | kata nama | alat menanam padi yang dibuat daripada buluh yang digunakan di sawah, (tugal ialah alat untuk menanam padi huma). | Kalu pakai cekam, tiap-tiap taon kena buat baru, kuku kambin tahan sampai bila-bila. | [kA.lu pA.kAj tS«.kAm ti.jAp.ti.jAp tAon k«.nA bu.wAt bA.Òu ku.ku kAm.bin tA.hAn sAm.pAj bi.lA.bi.lA] | Kuku kambing yang diperbuat daripada besi lebih tahan lama jika dibandingkan dengan cekam. |
hak | [hA/] | kata tugas | yang. | Baju aku hak biru, baju hang hak puteh. | [bA.dZu A.ku hA/ bi.Òu bA.dZu hAN hA/ pu.teh] | Bajuku yang biru, bajumu yang putih. |
cremin jejet | [tSÒ«.min dZE.dZEt] | | cermin muka yang tidak sama rata permukaannya yang menghasilkan bayang atau imej yang tidak sama bentuknya dengan objek asal. | Adek aku suka sangat tengok muka dia dalam cremin jejet, lepaeh tu dia gelak sorang-sorang. | [A.dE/ A.ku su.kA sA.NAt tE.N/ mu.kA di.jA dA.lAm tSÒ«.min dZE.dZEt l«.pAEh tu di.jA g«.lA/ s.ÒAN.s.ÒAN] | Adikku gemar sekali melihat wajahnya di dalam cermin ajuk, kemudian dia ketawa berseorangan. |