Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Bagaimana nak tanam selasih,
     Tanamlah mari di rumpun keladi;
Bagaimana hati nak kasih,
     Kasih bercampur denganlah budi.


Lihat selanjutnya...(296)
Peribahasa

Badan bersaudara;
     emas perak tiada bersaudara;
kasih saudara sama ada,
     kasih bapa menokok harta yang ada,
kasih ibu sama rata;
     kasih sahabat sama binasa.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda.

 

Lihat selanjutnya...(44)

476

When poverty comes in at the door, love flies out of the window

Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!

Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
para pengguna khususnya pelajar institusi pengajian tinggi, pensyarah, para pengamal dalam bidang Teknologi Maklumat serta pengguna umum yang lain. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada para penyusunnya. Mereka terdiri daripada Prof. Madya Dr. Mazani Manaf (UiTM), Dr. Omar Zakaria (UM), Dr. Adli Abdul Wahid (UIAM) dan Dr. Hafiz Mohd. Sarim (UKM) yang begitu bersungguh Maklumat ct.indd 9 6/6/11 4:01:22 PM xx Lope Zainal Abidin selaku penyelenggara projek. Kepada semua pihak yang turut menjayakan penerbitan kamus ini, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Mudah-mudahan kamus ini bermanfaat dalam usaha pembakuan bahasa dalam konteks pembinaan dan pengembangan bahasa kebangsaan kita. Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz Ketua Pengarah Dewan Bahasa

Kembali ke atas