Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
dianggap berbahaya dan sebarang paket rangkaian dari luar mesti diperiksa untuk menentukan sama ada paket boleh masuk atau tidak berpandukan dasar keselamatan rangkaian. limpah atas penimbal (Ig. buffer overflow;Br. limpahan penimbal; Id. luapan penyangga) Keadaan ketika suatu atur cara atau proses cuba menyimpan data yang melebihi kapasiti penimbal. Lebihan data ini akan melimpah kepada ruang penimbal lain yang bersebelahan dengannya dan asetnya. serangan PHF (Ig. PHF attack; Br. serangan PHF; Id. serangan PHF) Serangan ke atas pelayan web Apache versi awal yang menggunakan skrip PHF yang goyah. Serangan ini menyebabkan limpahan penimbal pada komputer yang disasarkan sehingga menyebabkan kod hasad yang terlimpah diproses oleh komputer sasaran. serangan Salami (Ig. Salami attack) Serangan ke atas data integriti dalam komputer yang melibatkan pengubahan

Kembali ke atas