Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab; bersebab ada sebabnya (alasan mulanya): sakit bermula mati ~; polis tidak ada kuasa utk menangkap orang dgn tidak ~; menyebabkan menjadikan sebab, meng-akibatkan: hanya belas kasihan oranglah yg ~ dia masih hidup menumpang di rumah itu; hal ini telah ~ kemarahannya semakin meluap-luap; tersebab disebabkan oleh, terjadi kerana: kuakui bahawa segala kesalahan tidak ~ oleh orang lain; penyebab 1. orang (pihak dsb) yg menjadi sebab atau punca kpd sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll); 2. sesuatu (spt penyakit, bencana alam, dll) yg menjadi sebab kpd sesuatu: dia tidak menyangka tindakan-nya yg menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dlm kancah kehinaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 apa-apa yg mengakibatkan se­suatu; asal mula: Mereka sedang memikirkan ~ utama perkara itu berlaku. 2 kerana; lantaran: Dia sakit perut ~ terlalu banyak makan buah mempelam muda. bersebab ada sebabnya: Jika tidak ~, kenapa engkau menangis? menyebabkan mendatangkan atau menimbulkan sesuatu; menjadikan sebab; mengakibatkan: Apa yg ~ bandar itu maju dgn cepat? penyebab sesuatu atau seseorang yg menyebabkan ber­lakunya sesuatu: Ini akan meng­akibatkan kemusnahan kpd manusia yg juga me­rupakan ~ pencemaran itu. Kerosakan tisu merupakan ~ utama gejala penyakit dlm jangkitan virus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebab

Puisi
 

Sebab bulan terbit pagi,
     Bunga pandan dalam cerana;
Sebab intan datang ke mari,
     Nampak berlain dalam bunga.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Sebab mutiara sebiji,
     lautan yang dalam diselam orang.

Bermaksud :

Orang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
canguk[tSA.No/]kata adjektifpenat yang amat sangat.Sebab dah uzo, buat keje sikit dah canguk.[s«.bAb dAh u.zo bu.wAt k«.dZ« si.kit dAh tSA.No/]Oleh sebab badan sudah uzur, buat kerja sedikit sudah terasa betul-betul penat.
penjong[pen.dZoN]kata adjektiftidak tepat mengikut bentuk yang sepatutnya.Daon tingkap dah penjong sebab tu tak rapat.[dAon tiN.kAp dAh pen.dZoN s«.bAb tu tA/ ÄA.pAt]Daun tingkap tidak tepat mengikut ukuran, sebab itulah tidak boleh ditutup rapat.
penawe[p«.nA.w«]kata namaorang yang mudah ketawa.Die ni memang penawe orangnye, sebab itule nampak riang.[di.j« ni me.mAN p«.nA.w« o.ÄAN.ø« s«.bAb i.tu.l« nAm.pA/ Dia ini orang yang mudah ketawa, sebab itulah nampak riang.
huyau[hu.jAw]kata kerjamengigau.Tu tak mandile tu, tak basoh kakile tu nak tido, sebab tule huyau.[tu tA/ mAn.di.l« tu tA/ bA.soh kA.ki.l« tu nA/ ti.do s«.bAbv]Hendak tidur tidak mandi, tidak basuh kaki, sebab itulah mengigau.
berenyeh[b«.Äe.øeh]kata adjektifberkenaan sakit yang sedikit tetapi berpanjangan.Saket si Ali tu berenyeh, sebab tu lah nampak lesu.[sA.ket si A.li tu b«.Äe.øeh s«.bAb tu lAh nAm.pA/ l«.su]Penyakit si Ali itu sedikit tetapi berpanjangan, sebab itulah dia kelihatan lesu.
tengkarap[t«N.kA.ÄAp]kata adjektifmusnah.Habes tengkarap anak-anak pokok sebab banje.[hA.bes t«N.kA.ÄAp A.nA/.A.nA/ po.ko/ s«.bAb bAn.dZe]Musnah habis anak-anak pokok itu disebabkan banjir.
sahang[sA.hAN]kata kerjagoreng tanpa minyak, rendang.Kacang tanah disahang saje sebab masakan tu tak boleh ade minyak[kA.tSAN tA.nAh di.sA.hAN sA.dZ« s«.bAb mA.sA.kAn tu tA/ Kacang tanah itu digoreng tanpa minyak sahaja kerana masakan itu adalah jenis yang tanpa berminyak.
ketengi[k«.t«.Ni]kata adjektifmalu kerana kalah tanding atau kena tipu.Die ketengi sebab adeknye dapat nombo satu, die nombo corot.[di.j« k«.t«.Ni s«.bAb A.de/.ø« dA.pAt nom.bo sA.tu di.j« Beliau berasa malu kerana adiknya mendapat nombor satu dan dia nombor corot.
ngelempas[N«.l«m.pAs]kata adjektiftidak selesa kerana panas.Buatnye panas terek sangat, maseng-maseng ngelempas.[bu.wAt.ø« pA.nAs t«.Äe/ sA.NAt mA.seN.mA.seN N«.l«m.pAs]Oleh sebab cuaca terlalu panas, masing-masing tidak selesa.
handa[hAn.dA]kata adjektifsia-sia, tidak berguna; modo.Handa saje kite ke sane, tak nampak muke pon die.[hAn.dA sA.dZ« ki.t« k« sA.n« tA/ nAm.pA/ mu.k« pon di.j«]Sia-sia sahaja kita ke sana sebab dia tidak kelihatan langsung.
12

Kembali ke atas