Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.yu] | ملايو

Definisi : nama suatu bangsa dan bahasa (ter­utama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihat­kan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) meme­layukan: ~ istilah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.yu] | ملايو

Definisi : 1 nama asal bangsa yg mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya. 2 nama suku bangsa, terutama sekali di Semenanjung Tanah Melayu: masuk ~ mengikut cara hidup orang Melayu. memelayukan menterjemahkan ke bahasa Melayu. kemelayuan sifat atau ciri yg menunjukkan keperibadian Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Melayu

Puisi
 

Sayang encik Melayu,
     Pakai serban senget sebelah;
Kalau berbunyi burung jentayu,
     Ayam di reban serba salah.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Belum sekuku.

Bermaksud :

Amat sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
dagang lua[dA.gAN luA] gaya atau cara memakai kain samping di sebelah luar baju Melayu Johor.Bebaju Melayu care dagang lua kemas jugak.[b«.bA.dZu m«.lA.ju tSA.Ä« dA.gAN luA k«.mAs dZu.gA/]Memakai baju Melayu cara bersamping di luar nampak kemas juga.
dagang dalam[dA.gAN dA.lAm] gaya atau cara memakai kain samping di sebelah dalam baju Melayu Johor.Bebaju Melayu care dagang dalam memang terkenal di Johor.[b«.bA.dZu m«.lA.ju tSA.Ä« dA.gAN dA.lAm me.mAN t«.k«.nAl Berbaju Melayu cara bersamping di dalam memang terkenal di Johor.
selua kabol[s«.lu.wA kA.bol] sejenis seluar yang berkaki kecil yang dipadankan dengan baju Melayu Johor.   

Kembali ke atas